Wednesday 13 December 2017

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk membuang masa dengan melepak), Katil (bersahabat baik dengan katil dan tidur melampau) dan Komputer (hanya duduk dalam dunia maya sendiri, melayan media sosial dan tidak mahu bercampur gaul). Sejauh mana perkara itu mengikis kualiti graduan lulusan universiti tempatan dan membayangi ketidakbolehpasaran graduan tempatan dalam pasaran kerja berkemahiran tinggi. Wartawan BH AHAD, NADIA HAMID menemubual Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merangkap Pengetua Kolej Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Dr Afandi Ahmad dan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Hazwan Syafiq Haznain.
S: Dr pernah menyebut sebelum ini, pelajar universiti perlu membuang khayalan tidak berasas seperti digambarkan dalam drama. Mengapakah perkara sedemikian berlaku?
J: Saya berpandangan pengaruh media hari ini sangat kuat. Remaja lebih cenderung melayari laman sosial, misalnya YouTube dan ledakan penggunaan media sosial ini memudahkan perkongsian pelbagai maklumat berbanding beberapa tahun dulu. Drama dihidangkan pembikin filem tempatan adalah wadah membentuk pemikiran masyarakat, walaupun saya akui nilai komersial itu tidak boleh diketepikan kerana 'filem kita wajah kita'. Akan tetapi, jika kita lebih banyak dihidangkan dengan gambaran kehidupan di universiti hanya berkisar soal mencari pasangan di perpustakaan, konflik merebut cinta adam dan hawa antara senior dan junior, konflik gejala sosial remaja di universiti, sedikit sebanyak inilah yang menjadi wayang minda dan membentuk imaginasi golongan muda yang merintis kemasukan ke universiti. Mereka akan terus terbuai keasyikan dan keseronokan yang sebenarnya 'tidak ada' kerana jangkaan realiti sebenar berbeza. Kita selalu diingatkan, apa kita makan, membentuk tubuh kita. Apa didengar, boleh menjadi suara hati kita. Apa dilihat membentuk wayang minda kita.
S: Pendapat Dr mengenai pelajar terbabit sindrom 4K, satu amaran yang perlu diambil perhatian. Apakah cara menangani isu ini?
J: Saya ketengahkan sindrom 4K (Kuliah, Kafeteria, Katil, Komputer) kerana ia perkara serius. Pada 2011, apabila universiti memberi amanah sebagai Pengetua di Kolej Kediaman Perwira, saya mula mendekati kehidupan siswa dan siswi, khususnya pelajar tahun pertama. Berikutnya, ketika diamanahkan memimpin Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) pada 2012 dan Dekan (April 2015) sekali gus, masih memikul tanggungjawab sebagai Pengetua, menguatkan semangat saya untuk terus menyelami mahasiswa. Saya melihat mereka dengan dekat dalam kedua-dua aspek, akademik dan pembangunan diri. Bagaimanapun, saya bimbang mereka terus hanyut dengan sindrom 4K ini. Misalnya, kuliah - ada yang berpandangan di universiti kita hanya perlu fokus kepada kuliah dan menjadi ulat buku. Mereka tidak langsung mahu terbabit aktiviti kolej atau fakulti kerana beranggapan tiada kaitannya dengan kuliah dan akademik mereka. Golongan inilah yang berada pada zon bahaya kerana cabaran selepas tamat pengajian jauh lebih mencabar.
Perkara kedua - Kafeteria, memang berlaku dalam kalangan kaki bergentayangan! Golongan pelajar sebegini biasanya berkumpulan, mempunyai niat tersendiri dan suka membazirkan masa. Apabila banyak masa dibazirkan untuk perkara tidak bermanfaat, tujuan utama ke universiti dikesampingkan. Asas pokok ketiga - Katil, di universiti kebanyakan masa tidur mereka berubah. Ada masanya perlu berjaga malam kerana menyelesaikan tugasan akademik, membuat persediaan program pelajar boleh dianggap keperluan. Tetapi, jika jadual tidurnya berubah seumpama lagu kanak-kanak 'nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga...' ini merunsingkan. Akhirnya, waktu solat entah ke mana, kuliah pula semua diswastakan kepada rakan untuk mewakilkan. Katil menjadi sahabat sejati buat mereka dan ramai pelajar yang menghabiskan waktu malam dengan permainan komputer secara perseorangan mahupun berjemaah.
Pada zaman saya mula-mula memasuki universiti sekitar 1997, komputer sangat asing. Tidak ramai memilikinya. Hari ini, hampir semua pelajar boleh memilikinya. Perkara ini perkembangan baik kerana satu keperluan, selain membantu pelajar belajar. Tetapi, ancamannya masih sama. Permainan komputer, menonton video dan melayari internet tanpa kawalan. Boleh dikatakan, semua laman sesawang dilayari, dua bahkan lebih akaun Facebook, Twitter, Instagram, VSCO dan Snapchat. Ancaman ini akhirnya semakin bahaya dan membentuk sikap sebagai individu antisosial.
Untuk menangani perkara ini, pelajar universiti kena mensyukuri nikmat peluang belajar. Pihak universiti, khususnya pensyarah berperanan mentafsir definisi cemerlang bukan dengan hanya banyak gred A. Top 10 skills disenaraikan World Economic Forum pada 2020 jelas memberi isyarat negara memerlukan lulusan graduan seimbang, berilmu dan akhlak seperti gagasan lonjakan 1 PPPM (PT). Di universiti tiada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seperti di sekolah. Bagaimanapun, jangan sesekali memberikan kunci kebebasan sepenuhnya kepada anak di universiti. Kebebasan terkawal sangat penting, misalnya ibu bapa tahu rakan baik anak mereka di universiti. Sekali sekala pada cuti semester, cuba undang mereka hadir ke rumah. Penting, kerana kita bimbang anak yang mencari identiti diri boleh tersilap memilih rakan.
S: Dunia tanpa sempadan menyebabkan pelajar universiti berdepan banyak cabaran, antaranya diperkudakan pihak ketiga dengan menyertai skim tidak berfaedah. Sejauh mana perkara berkenaan boleh merosakkan pelajar kita?
J: Kesan dunia tanpa sempadan juga menjadikan siswa siswi semakin kurang membaca. Mereka hanya mempunyai sumber rujukan terhad, mudah percaya dan ada juga antaranya, tidak berfikir panjang. Pengaruh media sosial kepada mereka lebih banyak yang menjerat. Pelbagai aplikasi mereka ada. Sebut sahaja, hampir semuanya ada dalam telefon pintar mereka. Masa juga banyak dihabiskan leka dengan aplikasi ini. Diperkudakan pihak ketiga? Inilah yang sangat kita bimbang. Pelbagai anasir negatif menular dan mudah meresap masuk. Jika pelajar tidak disempadani dengan nilai baik, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada mereka, bimbang akan ada pihak menyesal di kemudian hari.
Sebilangan pelajar yang menyertai perniagaan tidak sah, adalah kerana termakan pujuk rayu pihak ketiga yang cuba mengaburi mereka dengan gambaran kehidupan mewah. Ada pelajar sanggup menipu ibu bapa meminta wang saku bulanan lebih untuk dijadikan modal, ada juga mengambil risiko dengan menggunakan wang pinjaman/biasiswa sendiri. Ada juga berani meminjam wang daripada rakan. Konsep perlu mencari ahli lain sebagai anggota menyebabkan pelajar leka, kerana memerlukan masa dan komitmen. Pelajaran entah ke mana, perniagaan tidak berjaya atau mereka ditipu.
S: Berada di universiti juga memerlukan strategi dan komitmen tinggi, khususnya sejak tahun pertama. Sehingga kini, berapa ramai pelajar berjaya melakukannya?
J: Saya suka mengambil contoh kejayaan atlet negara sebagai inspirasi. Selain nama unggul seperti Azizulhasni Awang, kini muncul Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail dalam Edisi ke-15 Sukan Paralimpik Rio yang banyak memberikan pengajaran. Kejayaan bukan suatu kebetulan, tetapi perlukan strategi dan komitmen tinggi. Sama sahaja di universiti, kita ingin menjadi bukan sekadar jaguh kampung tetapi juga graduan kompeten, seimbang ilmu dan akhlak rapi.
S: Benarkah pelajar universiti tidak disediakan mengikut kehendak pasaran kerja? Adakah tanggapan ini menyebabkan graduan lulusan tempatan tidak layak dibayar kadar upah sepadan kelayakan mereka?
J: Persoalan ini menarik dan sering saya bincangkan dalam sesi kuliah saya. Ada dua perkara, kurikulum di universiti dan keperluan pasaran kerja. Dalam aspek pembangunan kurikulum pengajian, aspek pandangan pemain industri termasuk bakal majikan diambil kira. Untuk mengukuhkan hal ini, program kejuruteraan dilantik sebagai panel penasihat industri dan profesor adjung memberikan input berguna supaya pelajar disediakan dengan keperluan industri.
Kedua, keperluan pasaran kerja perlu difahami sebaiknya, sama ada bakal majikan dan graduan. Pengajian di universiti adalah proses membina daya fikir, kematangan dan pembangunan diri. Tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor digembleng bersama agar graduan dilahirkan seimbang ilmu dan perlakuannya. Bagaimanapun, harus diakui selain faktor perkembangan ekonomi semasa yang tidak menentu dengan perkembangan teknologi semakin pantas memerlukan graduan bersedia fizikal dan mental.
Persiapkan 1,001 kemahiran diperlukan bakal majikan. Ketika ini, antara elemen penting dinilai bakal majikan adalah penyelesaian masalah kompleks. Perkara ini tidak diajar dalam kelas, tetapi memerlukan kemahiran tambahan iaitu fleksbiliti kognitif pelajar. Jika pelajar hanya fokus skor peperiksaan, sangat sukar. Pembabitan berpersatuan juga penting.

Susahnya Nak Tambah Kenalan Di Universiti

Universiti sepatutnya jadi perkara yang paling seronok! Lebih-lebih lagi bila setiap kali digambarkan bagaimana seronoknya kehidupan di universiti, tentulah mindset kita mula gambarkan; hidup tanpa peraturan, tiada uniform sama yang perlu dipakai setiap hari, jadual kelas yang lebih fleksibel dan macam-macam lagi. Percayalah apa yang digambarkan itu boleh terjadi! Tapi, kehidupan semasa tahun pertama di universiti boleh mengubah apa yang kita harapkan sekaligus buatkan kita rasa hidup di universiti sesuatu yang teruk.

Bukan semua dari kita dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu, berbual dengan orang yang luar dari kebiasaan kita lebih-lebih lagi jika kita seorang yang pemalu dan 'introvert' yang membuatkan kita berasa kekok dan keseorangan. Tidak hairanlah jika di universiti terdapat kelompok-kelompok yang masih belum 'move on' dengan kawan-kawan semasa di matrikulasi mahupun di asrama penuh dulu.

Tidak mudah dan tidak mustahil untuk kita menambah kenalan di universiti. Universiti merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita menambah kenalan. Sertailah mana-mana organisasi atau persatuan yang membolehkan kita berinteraksi sesama ahli dan bekerjasama di dalam kumpulan selain dapat menambah pengalaman menguruskan program-program yang dirancang persatuan. Aktifkan diri untuk berpersatuan dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.

Keraplah mengikuti mana-mana 'study group' yang dijalankan di universiti. Jika tiada, tubuhkan satu, cukup sekadar mengajak rakan-rakan sekuliah untuk sama-sama membantu dalam pelajaran. Jangan hanya memilih untuk terperap di dalam dorm/bilik selepas tamat kelas, sebaliknya gunakan masa ini untuk 'explore' universiti kita. Contoh termudah, jika kita kebiasaannya mengulang kaji sendiri di bilik tukarkan dengan berselang-seli pergi ke perpustakaan. Ajaklah seorang dua rakan untuk belajar bersama-sama dengan persekitaran baharu. Mesti seronok!


Peranan Ibu Dalam Keluarga

Peranan dan fungsi seorang ibu adalah sebagai “tiang rumah tangga” amatlah penting bagi terselenggaranya rumah tangga yang sakinah yaitu keluarga yang sehat dan bahagia, karena di atas yang mengatur, membuat rumah tangga menjadi surga bagi anggota keluarga, menjadi mitra sejajar yang saling menyayangi bagi suaminya. Untuk mencapai ketentraman dan kebahagian dalam keluarga dibutuhkan isteri yang shaleh, yang dapat menjaga suami dan anak-anaknya, serta dapat mengatur keadaan rumah sehingga tempat rapih, menyenangkan, memikat hati seluruh anggota keluarga.
Menurut Baqir Sharif al-Qarashi (2003 : 64), bahwa para ibu merupakan sekolah-sekolah paling utama dalam pembentukan kepribadian anak, serta saran, untuk memenuhi mereka dengan berbagai sifat mulia, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW. yang artinya: “Surga di bawah telapak kaki ibu”, menggambarkan tanggung jawab ibu terhadap masa depan anaknya. (Zakiyah Daradjat, 1995 : 50)
Dari segi kejiwaan dan kependidikan, sabda Nabi di atas ditunjukan kepada para orang tua khususnya para ibu, harus bekerja keras mendidik anak dan mengawasi tingkah laku mereka dengan menanamkan dalam benak mereka berbagai perilaku terpuji serta tujuan-tujuan mulia, adapun tugas-tugas para ibu mendidik anak-anaknya iaitu :
  1. Para ibu harus membiasakan perbuatan-perbuatan terpuji pada anak,
  2. Para ibu harus memperingatkan anak-anak mereka akan segala kejahatan dan kebiasaan buruk, perilaku yang tidak sesuai dengan kebiasaan sosial dan agama,
  3. Para ibu harus memiliki kesucian dan moralitas sebagai jalan pendidikan untuk putra-putri mereka,
  4. Para ibu jangan berlebihan dalam memanjakan anak,
  5. Para ibu harus menanamkan pada anak rasa hormat pada ayah mereka,
  6. Para ibu jangan pernah menentang suami, sebab akan menciptakan aspek kebencian dengan kedengkian satu sama lain,
  7. Para ibu harus memberi tahukan pada kepala keluarga setiap penyelewengan tingkah laku anak-anak mereka,
  8. Para ibu harus melindungi anak dari hal-hal buruk menggoda serta dorongan-dorongan perilaku anti sosial,
  9. Para ibu harus menghilangkan segala ajaran atau metode yang dapat mencederai kesucian serta kemurnian atau meruntuhkan moral dan etika seperti buku-buku porno novel,
  10. Para ibu harus memelihara kesucian dan perilaku terpuji. (Baqir Sharif al-Qarashi, 2003 : 66)

Sunday 10 December 2017

Charity Fun Run Di UKM

Hari ini saya akan menceritakan tentang charity fun run yang dijalankan oleh kolej dato onn dengan kerjasama kolej tun hussein onn iaitu kolej saya sendiri. Saya telah melibatkan diri dalam program ini sebagai ahli jawatan kuasa. Tujuan program ini adalah untuk kumpul dana bagi menjayakan dalam Penggerak Pendaulat Borneo iaitu kami akan membantu penduduk sabah kali ke-3.

Sehari sebelum program dijalankan saya dan kawan-kawan membantu rakan-rakan lain dalam persiapan untuk keesokkan hari. Saya dan rakan sebagai ahli jawatan kuasa menawarkan diri untuk menjaga "checkpoint", saya menjaga "checkpoint berdekatan dengan kolej rahim kajai. Sebelum pada hari kejadian, kami semua menolong rakan lain meniup belon dan menyediakan pintu gerbang semasa larian nanti. Semasa saya meniup belon saya sudah penat separuh jalan, kepala saya mula pitam dan badan mula berpeluh. Saya menghidapi penyakit asma jadi saya tidak dapat memberi oksigen kepada belon semua. Jadi pada masa itu saya menolong mereka terhadap benda lain selain daripada meniup belon. Pada hari itu selepas kami menolong rakan yang lain kami balik ke bilik dalam pukul 1.30am.

Pada hari kejadian kami terpaksa bangun pada awal pagi untuk bersiap sedia untuk menjaga checkpoint. Selepas kami berkumpul di panggung seni, kami diberi masa untuk sarapan dulu. Selepas kami sarapan saya dihantar dekat kolej rahim kajai untuk pantau dan memerhati di checkpoint tersebut. Pada masa itu saya nampak ramai yang berlari dengan penuh semangat bukan sahaja warga malah warga tua ada semasa larian tersebut.

Selepas larian tamat, kami semua ahli jawatan kuasa bermain dengan 'coloured powder', itu sangatlah meyeronokkan. Ada yang mengambil gambar dengan rakan-rakan sebagai kenangan. Saya nampak keeratan rakan kolej dato onn dan kolej tun hussein onn adalah sangat kukuh dalam menjayakan program ini. Saya berharap selepas ini ada lagi program seperti ini dengan kerjasama kolej lain bagi mengeratkan lagi hubungan dan kenalan dalam hidup saya.

Saturday 2 December 2017

Pengalaman Membuat Powtoon

Ini saya ingin bercerita balik tentang projek aplikasi komputer. Pensyarah pernah beri macam-macam assignment seperti Word, Excel, Powerpoint dan Access tetapi semua itu saya tidak pernah menghadapi masalah dalam semua itu. Tiba-tiba saya menhadapi masalah dalam membuat assignment Web 2.0. Dalam fikiran "Apa binatang Web 2.0 tu?"

Syarat untuk membuat Web 2.0 adalah kami sekumpulan perlu mempromosi produk kami. Seminggu sebelum pembentangan Web 2.0 saya mula buat. Ada kawan sekelas dan sekolej iaitu Najmi Amri membantu saya untuk mengajar bagaimana untuk membuat assignment tersebut. Pada mulanya saya ingatkan kena muat turun aplikasi untuk membuat video tersebut tetapi tidak, kawan saya berkata video itu boleh buat secara online. Kawan saya buat video fasal MyCafe yang berada di UKM ini, saya pula buat fasal Choco Jar, disebabkan rabu saya tidak ada kelas jadi saya dan kawan saya stay up sampai pagi pukul 3.30am untuk menyiapkan assignment Web 2.0.

Walaupun rakan yang menolong saya itu bukanlah satu kumpulan dengan saya tetapi dia banyak membantu dalam pengajaran Web 2.0. Saya sangat berterima kasih dengan dia atas pertolongan tersebut. Pada hari rabu pula, saya menyambung sikit lagi untuk menyiapkan video Web 2.0. Pada petang itu saya berjaya menyiapkan assignment tersebut.

Minggu depan saya perlu membuat pembentangan bersama kumpulan saya tentang produk kami iaitu Choco Jar. Harap pembentangan nanti berjalan dengan lancar dan kami semua dapat markah yang baik sama-sama. Paling penting saya dapat pengalaman membuat Web 2.0 lalui Powtoon. Selepas ini kalau saya betul-betul menjual produk apa-apa bolehlah menggunakan ilmu ini untuk mempromosikan produk saya nanti.




ASSIGNMENT KELAS CITRA TEATER BANGSAWAN

Kelas citra teater bangsawan adalah salah satu citra saya minat dalam UKM ini kerana saya seorang yang meminati teater moden tetapi belum mempelajari tentang teater bangsawan. Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftar dalam subjek citra teater bangsawan.

Pada awalnya saya dapat mengetahui bahawa teater moden dan teater bangsawan mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Pada pendapat saya, teater moden tidaklah mempunyai banyak peraturan, dimana kami akan berlakon apa sahaja seperti kami suka. Teater bangsawan terdapat beberapa peraturan semasa berlakon. Pertama sekali adalah bahasa, sesiapa yang berlakon dalam teater bangsawan tidak boleh menggunakan perkataan dengan sewenang-wenangnya, mereka haruslah menggunakan bahasa istana.

Kedua adalah busana dalam teater bangsawan busana mestilah nampak kontra dimana penonton dapat membezakan siapa raja dan siapa orang biasa. Teater moden tidak sebegitu, busana dalam teater moden boleh memakai apa-apa sahaja, janji penonton dapat faham jalan cerita. Ini adalah antara perbezaan yang terdapat antara teater moden dan teater bangsawan. Sebenarnya terdapat banyak lagi perbezaan, saya tidak menguasai kepakaran lagi dalam teater bangsawan jadi saya tidak dapat memberitahu perbezaan lain yang terdapat antara teater moden dan teater bangsawan.

Cikgu teater bangsawan kami memberi satu projek dimana kami satu kelas sebagai satu kumpulan perlu merakamkan adegan yang terdapat dalam Musang Berjanggut. Itulah adalah projek satu kelas, kalau kami dapat menyiapkan projek itu kemungkinan satu kelas teater bangsawan akan mendapat A dalam subjek ini. Jadi kami memulakan dengan memilih ajk tertinggi sampailah ke bawah seperti biasa pelajar tahun dua perlu menjadi ajk tertinggi untuk menunjuk ajar kepada pelajar tahun satu seperti saya, disebabkan ada kesulitan cikgu terpaksa memilih lima orang ajk tertinggi bagi pengarahan video dimana saya adalah salah satu dalam ajk itu.

Jadi saya ditugaskan untuk berpantau dalam kumpulan skrip dimana ada 11 pelajar yang perlu buat skrip. Walaupun saya menjadi pengarah video itu, saya tidak boleh mengarah sahaja jadi saya mengambil inisiatif untuk membuat skrip juga. Saya menyiapkan skrip untuk babak satu dan untuk babak seterusnya saya meminta untuk ajk skrip lain yang buat.

Minggu ini kami akan merakam adegan Musang Berjanggut, harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Thursday 30 November 2017

Sensitif Makanan

Hai hari ini saya ingin bercerita pasal kekecohan semasa mid year exam. Pertama sekali, saya seorang yang suka makan makanan yang sedap tetapi selepas masuk di UKM saya menjadi semakin sensitif dengan beberapa makanan. Jadi saya tidak boleh telan makanan walaupun makanan itu sedap tahap lima bintang. Apa kaitan dengan makanan dan mid year exam?

Sebelum minggu peperiksaan bermula saya makan cucur sayur dari kolej saya, pada mulanya cucur sayur itu sangat sedap bagi saya. Semua pelajar dari kolej tersebut mengatakan cucur sayur mak cik itu sangatlah enak. Tiba-tiba pada suatu hari selepas saya makan cucur sayur tersebut, badan saya berasa tidak sihat di mana saya mula sakit kepala dan mual. Pada waktu malam hari yang sama saya muntah kerana tiba-tiba sensitif dengan cucur sayur tersebut. Saya kesensitifan tersebut mengakibatkan sakit kepala, mual dan sakit perut.

Simptom ini berterusan sepanjang peperiksan mid year. Pada mula semasa peperiksaan mikroekonomi, pagi itu saya badan berasa sangat tidak sihat sehingga tidak boleh fokus tetapi apa pun terjadi saya tetap perlu berfokus dengan peperiksaan tersebut. Jadi saya meminum air sebanyak yag mungkin bagi menyedarkan diri. Selepas saya membuat separuh daripada soalan itu, saya terus bangun dan menuju ke tandas untuk mencuci muka. Selepas itu, saya telah menyiapkan semua soalan tetapi saya tidak menyemak semula kerana tidak larat. Jadi selepas kami keluar dari dewan peperiksaan baru saya perasan bahawa saya ada tersilap tulis jawapan, di mana itu boleh dikatakan "silly mistake".

Seterusnya pada hari esok adalah peperiksaan matematik, benda yang sama juga saya lakukan. Saya buat semua jawapan dengan lengkap tetapi tidak menyemak semula kerana saya masih sakit pada masa itu. Selepas keluar dewan baru saya perasan bahawa saya telah menggunakan aplikasi yang salah dalam matematik tersebut. Jadi saya tidak dapat membuat apa-apa pun pada masa itu, redha sahajalah.

Kenapalah setiap kali exam mesti saya jatuh sakit, ini adalah pertama kali seperti ini dalam hidup saya. Walau apa pun terjadi saya tidak akan berputus asa. Selepas ini juga saya harus berjaga-jaga dalam pengambilan makanan di kolej dan UKM.

Sunday 26 November 2017

Dinner FEP

Hai, kali entri pasal dinner FEP pula. Saya telah melibatkan diri untuk aktif di fakulti juga pada semester satu ini.

Saya diberi post ajk teknikal dan logistik semasa saya masuk dalam program ini. Saya tidak kisah dalam post apa pun diberi, janji dapat bekerjasama dengan rakan-rakan lain. Pada awalnya kami berbincang bahawa dinner FEP kami diadakan pada bulan 11 tetapi disebabkan kesuntukan masa kami terpaksa menangguhkan dinner FEP kami ke bulan 2 tahun depan. Pada awal perbincangan juga kami ingin membuat dinner tersebut di atrium FEP tetapi untuk kesemua pelajar dalam atrium itu adalah mustahil.

Apa kerja post teknikal dan logistik ini? Baiklah disebabkan kami menukar rancangan bahawa dinner diadakan pada bulan 2 tahun depan. Kami ditugaskan untuk mencari hotel yang sesuai dan murah untuk mengadakan dinner FEP. Jadi kawan saya yang berada di tahun dua telah menyewa kereta untuk membuat pencarian hotel. Kami menyewa kereta Axia semasa membuat pencarian hotel, sebelum pergi hotel kami singgah stesen minyak kerana orang menyewakan kereta itu beri kereta yang tidak ada minyak langsung. Jadi kami pun mengisi minyak dan tambah nilai touch&go.

Hotel yang paling dekat masa itu adalah Hotel Bangi Golf Resort, jadi kami pun singgah disitu dan menanyakan harga sewa dan makanan semua. Kami dapat singgah sekejap sahaja kerana orang mengendalikan tempat itu tidak ada pada hari itu. Kami pun bergerak ke hotel-hotel yang lain, tetapi bagi saya Hotel Bangi Golf Resort sudah cukup baik kerana besar dan murah. Kalau hotel lain sememangnya ada yang besar tetapi mahal, pelajar tidak mampu membayar nanti.

Selepas membuat pencarian kami bertiga singgah di KFC untuk makan tengahari. Ada yang kawan singgah untuk membeli barang sekejap. Saya pula membeli makanan ringan untuk memakan di dalam bilik nanti. Jadi kerja kami dalam pencarian hotel sudah selesai. Sekarang kami perlu fikir tentang teknikal semua seperti PA System, mikrofon dan alat-alat yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Tidak mengapa kami ada banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah ini, lagi kerja kami sudah selesai sebanyak 70%, lagi 30% adalah pada hari kejadian nanti.

Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Saya dapat mengenal dan berkawan dengan orang yang baru. Ada yang jenis suka bergurau semua. Saya berharap setiap semester nanti saya dapat melibatkan diri dalam program fakulti ini.

Latihan Kebakaran Di Kolej Tun Hussein Onn

Hai, dalam entri nak cerita pasal latihan kebakaran yang dijalankan oleh pihak Kolej Tun Hussein Onn dan Bomba. Ye betul dari dulu sampai sekarang latihan kebakaran sememangnya membosankan bagi saya. Baiklah macam ini ceritanya.

Pada hari kejadian saya dan kawan-kawan saya tengah membuat tutorial mikroekonomi sebab pada hari keesokkannya kami kena hantar kesemua tutorial itu. Saya pula mula membuat tutorial itu padal pukul 10pm kerana habis perjumpaan kelab semua. Selepas saya balik dari perjumpaan kelab, saya terus menuju ke bilik dan mencapai soalan tutorial semua dan pergi ke bilik kawan di hadapan bilik saya.

Tangan saya bergerak laju menulis jawapan tutorial, maklumlah esok kena hantar jadi saya dan kawan saya berbincang jawapan yang kami tidak faham. Saya telah menyiapkan satu tutorial tinggal lagi dua tutorial yang perlu saya siapkan, semasa saya menulis jawapan untuk tutorial kedua saya terdengar bunyi jeritan dan letupan mercun. Pada mulanya saya terfikir bahawa ada pelajar yang bergaduh, saya pun keluar dari bilik untuk menjenguk apa yang telah berlaku di luar sana. Tiba ada budak yang pakai ves kuning berbadan besar menyuruh kami untuk tutun ke dataran panggung seni. Dalam hati aku ini sememangnya sudah terfikir untuk tidak pergi ke panggung seni jadi saya pun melangkah ke bilik semula tetapi sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik kawan aku semula, lampu di semua blok tealh ditutup.

Jadi kami tiada cara lain selain daripada mengikut kata-kata orang yang memakai ves kuning tersebut. Semasa kami menuju dari kolej ke dataran panggung ada manusia yang suka membaling mercun untuk menakutkan semua pelajar. Walalupun dia sudah tahu pelajar tengah menurun tangga tetapi dia masih membaling mercun, bagi saya itu amatlah berbahaya. Selepas kami menurun ke dataran panggung seni, kami kena memberi kehadiran. Semua pelajar tengah bising kerana ada pelajar yang terpaksa turun dengan memakai seluar yang singkat semua. Kawan saya pula tertinggal telefon bimbitnya kerana blok sudah gelap gelita.

Jadi saya ambil keputusan bahawa selepas memberi kehadiran dan menuju ke belakang sekali untuk duduk kerana saya ini memang jenis tidak boleh duduk kalau disekeliling oleh ramai orang. Selepas kami duduk latihan kebakaran pun bermula tetapi saya dan kawan-kawan saya tidak menghiraukan langsung tentang itu kerana kami dalam kemarahan. Sepanjang laihan kebakaran tersebut tangan saya hanya pegang telefon bimbit dan mata saya menengok kaca skrin telefon bimbit. Dalam pukul 12am baru latihan kebakaran itu tamat dengan jayanya. Semasa latihan kebakaran ada manusia yang suka menyuluh lampu terhadap itu memang tidak menyenangkan kami, membuat kami sakit mata sahaja bertambah lagi masa itu kawan saya sakit.

Selepas itu, saya terus menuju ke bilik kemas kesemua latihan tutorial kerana keesookannya kelas pukul 8am, kalau tidak tidur awal sememangnya tidak boleh bangkit dati katil nanti.

Itulah yang terjadi semasa latihan kebakaran di kolej saya.

Erti Sahabat

Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati. Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani  dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa

Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta. Diamnyapenuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera. Tatkala berteman, jagalah tutur kata. Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga akan menukarrasa. Kita jangan samakan sahabat kita seperti diri kita, mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap remeh, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa

Selami hati sahabat kita seperti mana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan yang tidak kita suka. Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya kerana dia tahu sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaikisebarang cela.

Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseoran sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam. Kau puny acara dan dia jua. Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain. Hormatinya caranya selagi mana ia tidak menyalahi apa-apa. Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka atau biarlah dia dengan kegirangannya dan kita boleh untuk tumpeng ceria.

Paling penting adalah seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentang mu kepada teman-teman yang lain. Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain. Menegur tidal salah malah itulah tanda cinta.

Tapi, bagaimana caranya?

Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia. Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa. Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan

Ahli Kelab D'RISORIUS

Hai kali ini saya ingin menceritakan tentang kelab kolej yang saya menyertai iaitu Kelab D’RISORIUS. Pada semester ini kami buat tentang 4K bermaksud Kebajikan,Keselamatan,Keusahawanan, dan Kesihatan. Jawatan saya dalam kelab ini adalah timbalan bendahari tetapi saya menguruskan ajk program kerana kerja saya sebagai timbalan bendahari bukanlah banyak sangat. Jadi saya menyertai ajk program dalam kelab ini untuk menolong kumpulan program.

Saya dan kawan saya izwan ditugaskan untuk mengendalikan jemputan ahli bomba, wisma aman dan ahli pusat zakat. Pertama kami perlu pergi ke balai bomba yang berdekatan dengan bangi ini untuk mengajak ahli bomba membuka booth bagi mempamerkan tentang bomba semua tetapi malangnya pada akhr saat ahli bomba tidak dapat menyertai dalam program kami kerana mereka kekurangan fasiliti.

Seterusnya kami menjemput ahli wisma aman untuk membuka booth juga bagi pelajar UKM semua dapat membayar sama dan membeli sticker untuk kenderaan meraka. Ahli wisma aman menyertai program kami selama tiga hari, wisma aman berada di dalam UKM sahaja jadi tidak perlu kami memikirkan tentang kenderaan kerana kami hanya menaiki bas sahaja. Selepas itu, hentian kami adalah di pusat zakat UKM, seperti yang anda fikirkan pusat zakat pun berada di dalam UKM juga berdeketan dengan Masjid UKM. Kami menjemput ahli pusat zakat untuk memberi talk tentang zakat dengan lebih jitu kerana ada juga yang mahasiswa tidak tahu sepenuhnya tentang pembahagian zakat bagi pelajar UKM.

Bukan mereka sahaja malah kami juga menjemput CESMED untuk membuka booth, Pelajar Psikologi untuk mengendalikan ujian psikologi, dan sebagainya. Pusat Darah Negara pun ada untuk membuat program derma darah dengan kami semua. Keinginan ku untuk mendermah tidak tercapai kerana pada minggu itu saya jatuh sakit dan mengambil ubat.

Program yang paling saya minat adalah apabila semua usahawan UKM datang dan berkongsi pengalaman mereka dengan kami. Seorang adalah usahawan di mana mempunyai banyak cawangan printing. Seorang lagi pula adalah usahawan yang mencipta produk Minyak Kelapa Dara dan akhirnya adalah usahawan bertambah dengan jelitawan penemu produk DYXY iaitu produk komestik.

Saya sangat seronok dan penat mengendalikan program ini. Saya dapat pengalaman yang tidak dapat dijumpai di mana-mana sekali pun. Saya berharap kelab saya ini membuat program ke Sabah pula seterusnya.

Ahli Detachment BSMM Di Kolej Tun Hussein Onn

Hai, kamu semua tahu tak apa itu BSMM? BSMM adalah Bulan Sabit Merah Malaysia. Walaupun kolej saya di ukm adalah kolej PALAPES tetapi BSMM masih ada di tempat itu. Jadi saya tidak menyertai PALAPES tetapi saya telah memasuki BSMM kerana saya ini memang suka jenis yang menolong orang lain.

BSMM juga terbahagi kepada dua kategori iaitu kadet dan detachment. Kadet adalah merangkumi satu UKM, sesiapa yang menyertai kadet mereka perlu menghadiri latihan setiap sabtu dan ahad. Detachment pula adalah dibawah kolej, mereka tidak perlu menghadiri latihan setiap sabtu dan ahad tetapi mereka perlu pergi duty slot seminggu sekali di mana semua ahli detachment perlu belajar tentang BSMM. Bagi kadet BSMM perlu penuhkan 40 jam kredit manakala bagi ahli detachment BSMM pula hanya 20 jam kredit termasuk jam semasa duty slot seminggu sekali.

Pada hari pertama duty slot saya mempelajari tentang kewujudan persatuan BSMM. Pada kelas yang seterusnya kami belajar tentang peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas adalah tempat simpanan alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku kecemasan, ini boleh dikatakan ubat dan alat yang perlu dipakai ahli bsmm semua ada dalam peti pertolongan cemas.

Pada duty slot yang ketiga saya mempelajari tentang jenis luka. Manusia ini boleh hadapi macam-macam jenis luka. Ada yang luka tertutup dan luka terbuka. Pada duty slot keempat pula saya belajar tentang kecederaan sendi dan tulang, ini paling mengerikan bagi saya. Kecederann yang paling teruklah bagi saya, sebab ada darah banyak sampai nampak tulang kaki dan tangan terkeluar. Saya ini jenis yang fobia dengan darah, nampak sahaja darah mesti pitam atau pengsan. Seterusnya belajar tentang renjatan, rasanya kamu semua sudah tahu situasi renjatan ini.  Selepas itu duty slot pasal pengangkutan dimana saya belajar bagaimana untuk memindahkan mangsa cedera dekat tempat yang lebih selamat. Akhirnya kami belajar tentang CPR terhadap mangsa.

Bukan setakat itu sahaja kami perlu buat praktikal tentang ikatan dan CPR. Ahli bsmm perlu tahu semua jenis ikatan yang digunakan mengikut kecederaan mangsa. Semasa buat CPR pula para pengajar ada menyediakan patung untuk kami buat secara praktikal. Semasa saya membuat praktikal CPR, saya tidak mendapat meniup mulut mangsa dengan sekuat yang mungkin kerana saya menhidapi masalah asma.

Walau bagaimanapun saya sangat seronok kerana dapat menyertai dan mempelajari ilmu ahli bsmm ini. Minggu ini saya akan menghadapi peperiksaan ahli detachment bsmm. Saya berharap untuk kekal dalam ahli detachment Kolej Tun Hussein Onn. Bye!

ASSIGNMENT KELAS CITRA BAHASA CINA

Hai, hari ini nak kongsi sedikit tentang assignment yang perlu saya buat dalam kelas citra bahasa cina, seperti sebelum ini saya menceritakan bahawa kelas citra saya adalah bahasa cina di mana saya ingin sangat berbahasa cina dengan kawan-kawan saya semua.

Assignment pertama yang pensyarah bagi saya adalah untuk mencari video animasi yang pendek dan tidak mempunyai suara latar. Saya perlu reka dialognya sendiri dalam bahasa cina. Rasanya awak semua sudah tahu yang ini adalah ujian lisan bagi saya. Bukan setakat itu sahaja saya perlu mengedit suara saya dalam video itu, benda itulah yang paling menyusahkan sekali. Nasib baik ada kawan yang pandai yang mengedit semua tu. Jadi minggu depan adalah ujian lisan saya. Harap boleh buat yang terbaik.

Assignment kedua adalah mengenal karakter cina dimana saya perlu tahu tulisan cina semua walaupun tak reti nak menulis, maksudmya dengan lihat perkataan itu saya dapat mengenal pasti apakah perkataan tersebut. Saya perlu mengenal pasti kebanyakkan karakter cina ini kerana tidak lama lagi saya perlu menduduki ujian menulis pula. Lagi satu mengenal karakter cina ini bukan senang tahu, kadang-kadang kawan saya yang berbangsa cina pun boleh kecundang sebab itu kawan cina saya tidak ramai yang mengambil subjek bahasa cina semasa tingkatan 5.

Wahhh bila dengar semua ini rasa macam duduk peperiksaan MUET pula. Rasanya ujian mendengar tidak dijalankan sebab saya ini baru belajar bahasa cina tahap satu. Saya tidak berasa puas lagi sebab tak mahir sepenuhnya dalam bahasa cina. Harap semester 2 nanti saya dapat daftar kelas bahasa cina untuk tahap kedua pula.

Apa pun ujian bahasa cina yang akan ku temu nanti dapat hadapi dengan yang terbaik.

Saturday 11 November 2017

Hello Dreamers!

Hai semua. Hari ini saya ingin cerita sedikit tentang pasal "Dreamers". Apa itu "Dreamers"? "Pemimpi" kalau kamu semua pergi Google Translate perkataan itu. Saya bukan maksudkan mimpi semasa awak semua tidur itu tetapi tenatang impian kamu, keinginan masa depan kamu atau cita-cita kamu semua. Saya pasti bahawa dalam dunia ini semua orang ada impian atau cita-citanya tersendiri. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup tanpa ada cita-cita atau pun keinginan, tidak kisah walaupun impiannya adalah kecil atau sikit. Impian dalam diri manusia inilah yang menjadi penggerak untuk maju.

Saya pun seorang "Dreamers" juga. Semasa sekolah rendah ibu bapa selalu bertanya apakah impian saya. Saya pun jawab "Impian adik adalah jadi doktor". Setiap hari satu impian semasa kecil, saya rasa anda semua pun begitu juga. Pada masa umur kamu semua sudah matang, kamu akan menetapkan impian dan cita-cita secara serius. Saya akan mengkategorikan impian ini ada yang impian jangka masa pendek dan ada juga impian jangka masa panjang.

Impian jangka masa pendek dimana kamu cuba capai impian tersebut mungkin dalam lingkungan 4 tahun atau 5 tahun. Sebagai contohnya, semasa di darjah 6 impian saya adalah untuk mendapat 5A dalam UPSR, jadi jangka masanya adalah hanya setahun. Impian semasa darjah 6 itu tidak tercapai pun. Selepas itu, impian pelajar tingakatan 3 biasanya adalah mendapat 7A atau 8A dalam PMR, jadi untuk impian ini hanya mengambil masa untuk 3 tahun. Manakala bagi pelajar SPM pula mengambil masa 2 tahun. Jadi impian yang sebegini boleh dikatakan impian jangka masa pendek.

Impin jangka masa panjang dimana mengambil lebih dari 5 tahun untuk tercapai. Sebagai contoh, impian saya semasa tingkatan 4 adalah untuk menjadi seperti "Tony Fernandes". Siapa pula mamat ini? Tony Fernandes adalah seorang usahawan Malaysia dan juga CEO bagi AirAsia. Adakah impian untuk menjadi seperti dia adalah perkara yang boleh tercapai dalam jangka masa pendek? Semestinya tidak. Kemungkinan ada pelajar yang impiannnya adalah untuk menjadi doktor, jadi proses untuk tercapai impian menjadi doktor adalah lama.

Setiap manusia di dunia ini mempunyai impian yang berbeza. Ada yang mengusahakan sedaya upaya untuk mencapai impiannya. Ada yang mengalah separuh jalan. Ada juga manusia yang hidup yang tidak mempunyai impian langsung dalam kehidupan ini.

Impian menjadikan manusia lebih kuat untuk menghadapi segala rintangan dan tentangan sebab impian dapat menimbulkan kemahuan keras untuk merealisasikannya. Jadi jangan takut untuk memimpikan sesuatu. Jadikan impian itu nafas kehidupan.

Itu sahaja dalam entri ini, "Bye Dreamers"!


Debaran Menduduki Lab Test Aplikasi Komputer

Apa itu Lab Test? Pada mulanya saya pun tidak tahu apa yang pensyarah kata tentang Lab Test ini. Baiklah sebelum ini dalam aplikasi komputer saya belajar tentang 'mail merge' dalam microsoft word dan pengiraan menggunakan formula dalam microsoft excel. Dua benda ini agak senang untuk dilakukan tetapi kalau tersalah formula dalam microsoft excel, pada masa itu rasa macam kehidupan ini jadi gelap.

Pada 30 Oktober 2017, Lab Test akan dijalankan, pada masa itu saya sudah bersedia 95% sahaja. Mana pergi lagi 5%? Baiklah 5% peratus hilang sebab formula dalam microsoft excel tak ingat sangat. Jadi saya pun sudah bersedia untuk buat Lab Test ini. Pensyarah pun telah mengedarkan kertas soalan kepada pelajar. PERINGATAN daripada pensyarah, "Tolong jangan panjangkan leher anda semasa menduduki Lab Test ini". 

Pertama sekali kami semua kena buat microsoft excel dimana kami perlu pandai bermain dengan formula. Saya telah melakukan dengan baik dalam Lab Test microsoft excel tetapi sampai nak buat graf saya tersilap formula. Saya pun asyik fikir, "dekat mana pula aku buat hal ini, adui." Saya telah menghabiskan 30 minit untuk buat graf itu. Masa itu saya jadi sangat stress sebab boleh terlupa formula untuk buat graf. 

Saya dapat mengingat balik formula untuk membuat graf apabila saya minta tolong pensyarah. Jadi saya dapat selesaikan semua soalan untuk Lab Test microsoft excel. Selepas dapat siapkan microsoft excel ini dapat bernafas lega 50%. Sekarang saya perlu buat 'mail merge' pula dalam microsoft word. Tinggal sikit sahaja masa untuk menyiapkan Lab Test ini. Jadi sekarang saya perlu memindahkan semua maklumat dari microsoft excel ke microsoft word. Bagi saya langkah untuk buat 'mail merge' agak senang gila kalau ikut sahaja langkah yang sepatutnya. Akhirnya saya sudah selesaikan Lab Test dan muat naik dalam ifolio.

Selepas itu, saya pun pergilah jenguk kawan saya, dan dapat tahu yang ada benda yang saya tertinggal dalam microsoft word. Jadi saya pun cepat-cepat buka balik komputer dan isi balik maklumat yang tertinggal dalam microsoft word itu. Nasib baik pergi jenguk kawan masa itu, kalau tak memang tidak tahu ada benda saya tertinggal. Jadi tamatlah debaran saya selepas membuat pembetulan dan selesaikan Lab Test.

Sekian.

Tuesday 24 October 2017

Bagaimana Anda Mengukur Kejayaan?

Hai, hari ini saya nak membincangkan tentang kejayaan. Apakah itu kejayaan? Bagaimana anda mengukur kejayaan? Bagaimana pula orang lain mengukur kejayaan kita? Bagaimana ahli keluarga mengukur kejayaan kita? Semua manusia di muka bumi ini menginginkan kejayaan tetapi bukan semua manusia bertindak dan bergerak untuk memperoleh kejayaan. Sebahagian daripada mereka hanya memikirkan tentang kejayaan tanpa melakukan apa-apa. Kejayaan mencapai sesuatu yang diinginkan adalah suatu nikmat bagi diri sendiri tetapi ingatlah wahai kawan-kawan bahawa nikmat itu hanya muncul dalam diri apabila anda berusaha setelah mengorbankan masa dan tenaga. 

Jadi apa kaitan dengan mengukur kejayaan? Pertama saya akan bincangkan bagaimana ahli keluarga mengukur kejayaan kita, terutamanya ibu bapa. Saya telah memerhati beberapa ibu bapa sejak sekolah menengah lagi bahawa mereka hanya menginginkan anaknya mendapat 'A' yang banyak semasa peperiksaan dan menduduki kelas pertama. Ada ibu bapa yang memaksa anaknya dengan menghantar mereka ke tuisyen. Sebagai contohnya, ibu bapa kawan-kawan anak buah saya menghantar mereka ke tuisyen, sentiasa menyuruh mereka untuk mendapatkan keputusan yang baik dan menduduki kelas pertama sedangkan mereka semua baru darjah satu. Adakah ini masuk akal bagi anda? Saya tidak kata bahawa semua ibu bapa begini tetapi sesetengah ibu bapa terlalu memberi stress kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu ingat bahawa dalam kehidupan ini pasti akan ada kegagalan, tidak semua manusia sempurna dalam semua perkara. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa 'A' yang anak anda dapat hanya di atas kertas bukan dalam diri dia. Janganlah mengajar anak-anak untuk mendapat 'A' sahaja dari kecil tetapi mengajar mereka bagaimana untuk menuntut ilmu. 'A' itu hanya ilmu di atas kertas tetapi menuntut ilmu dengan cara yang betul itu yang akan membawa anda kepada kejayaan.

Selain itu, ibu bapa juga harus tahu bahawa kejayaan itu bukan muncul daripada bidang akademik sahaja, malah ada banyak lagi bidang yang pelajar boleh menguasai. Sebagai contoh, saya ada seorang kawan yang bernama Muhammad Ameer Khusyairi pandai menyanyi sekarang dia menuntut ilmu di UITM dalam bidang muzik dan nyanyian. Kawan saya seorang lagi bernama Zuhriyyah mengendalikan perniagaan komestik secara 'online', sekarang dia mempunyai satu kedai atas namanya sendiri. Peluang kejayaan adalah luas bagi semua orang. Janganlah bermentaliti bahawa hanya akademik sahaja yang menjamin kehidupan anda.

Selepas itu, kita bincang pula bagaimana kita mengukur kejayaan terhadap diri sendiri? Pelajar sekarang tidak menghiraukan tentang ilmu, mereka lebih merisaukan keputusan mereka semasa peperiksaan nanti. Kamu semua cubalah tanya mana-mana pelajar SPM, impian mereka hanya mendapat straight 'A'. Adakah mereka belajar untuk 'A' atau untuk ilmu? Ingatlah kawan-kawan kalau niat kamu belajar untuk menuntut ilmu, pastinya kejayaan itu milik anda. Kalau niat kamu untuk mendapat 'A' sahaja, belum tentu kamu dapat kejayaan untuk diri anda. Ada juga pelajar yang suka berdaya saing tetapi ramai salah faham konsepnya. Mereka hanya memikirkan "Kali ini result aku kena gempak dari dia!". Tolonglah kawan-kawan, "berjaya sama-sama" kata-kata ini tidak lagi bergunakah? Apa salahnya kita berjaya sama-sama dengan rakan lain. Pelajar yang menganggap dirinya yang sudah bijaksana level Isaac Newton, muncullah perasaan sombong dan besar kepala dan mula menyelinap di sanubari dengankejayaan yang diperoleh. Perangai ini akan memakan diri apabila seseorang itu terlupa hakikatnya bahawa tidak ada satu pun yang kekal di dunia ini. Wahai kawan-kawan berhentilah membandingkan keputusan anda dengan rakan.

Ingatlah kawan-kawan, diri sendiri yang menentukan bagaimana mengukur kejayaan. Ini bukan kisah untuk membaca sahaja tetapi ini adalah suatu pengajaran.

Ini sahaja pada entri kali ini. Bye!


Sunday 22 October 2017

Cabaran Semasa Sepanjang Di Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 3

Hai kawan-kawan, apa khabar? Kalau sihat, baguslah. Kalau tak sihat itu, semoga sihatkan diri anda atau semoga cepat sembuh. Baiklah hari ini cerita tentang kisah saya semasa di tingkatan 3. Kenapa saya perlu cerita pasal benda yang lepas ini? Apanya istimewa sangat semasa di tingkatan 3? Cabaran yang agak susah untuk dihadap semasa itu. Tingkatan 3 dimana semua pelajar wajib menduduki peperiksaan PMR. Cikgu selalu kata yang keputusan PMR ini menentukan pelajar masuk ke sesuatu aliran semasa di tingkatan 4 nanti. Aku bernekad untuk masuk kelas aliran sains. Entah kenapa tetapi aku suka sangat dengan sains tapi......

Tapi apa? Ok macam ini kisahnya. Aku ini bukanlah budak yang pandai level Albert Eistein. Semasa di tingkatan 1, aku ditetapkan dekat kelas belakang-belakang. Maklumlah, mentaliti masyarakat Malaysia "budak kelas belakang ini tak maju". Saya tak kisah langsung dengan mentaliti yang sebegitu walaupun semasa tingkatan 1 saya duduk di kelas yang belakang, saya tetap menuntut ilmu seperti budak-budak pandai yang di kelas depan. Semasa di tingkatan 1 saya tak kisah sangat pasal pelajaran ini, selalu suka main dalam kelas tapi kerja sekolah mesti siap. Kalau ada kerja sekolah yang tak siap pun, itu mesti subjek Bahasa Inggeris. Saya tidak suka Bahasa Inggeris tapi suka berkomunikasi dalam bahasa itu. Jadi apa-apa pun peperiksaan akhir dapat keputusan "so-so" sahaja. Tak gempak langsung tetapi dapat juga melompat ke kelas yang depan sikit dengan keputusan itu.

Selepas itu, semasa di tingkatan 2 dapat masuk kelas depan tetapi tahun yang paling teruk bagi saya. Orang lain semangat belajar makin membara selepas masuk ke kelas yang bagus tetapi semangat saya makin tenggelam. Saya selalu ponteng sekolah semasa di tingkata 2 sampai dapat surat amaran yang pertama. Nasib baik tidak perlu bawa ibu bapa ke sekolah semasa. Ibu bapa tidak tahu pasal surat amaran itu sampailah sekarang. Kerja sekolah memang tidak akan siap dan selalu meniru kawan. Ada sekali saya langsung tidak pernah buat kerja sekolah matematik, tiba-tiba cikgu matematik suruh satu kelas menghantar buku latihan. Satu sahaja penyelesaian bagi saya semasa itu, pinjam buku kawan salin balik "A-Z". Masa ini kawan bengang sebab saya dapat pujian dari cikgu sebab latihan semua lengkap. Walau bagaimanapun, semasa peperiksaan akhir tahun di tingkatan 2 keputusan saya amatlah teruk sebab gagal dalam subjek sejarah, geografi dan matematik. Keputusan itu tidak memberi kesan kepada kedudukan kelas maksudnya saya tidak ditendang ke kelas belakang.

Akhirnya, saya pun jejak kaki ke alam tingkatan 3 dimana perlu menghadap PMR. Semasa di tingkatan 3 ini, keajaiban berlaku dimana saya dapat menguasai mata pelajaran matematik secara automatik, sampai sekarang saya tidak tahu macam mana saya dapat menguasai mata pelajaran tersebut padahal itulah mata pelajaran yang susah. Walaupun dapat menguasai mata pelajaran matematik, tetapi masih belum menguasai mata pelajaran sejarah dan geografi. Semasa di tingkatan 3 saya sudah mula fokus dalam pelajaran tetapi masih tidak dapat fokus dalam dua mata pelajaran tersebut. Saya sudah mengalah semasa itu bagi saya PMR nanti tidak kisah pasal mata pelajaran sejarah dan geografi. Selepas itu, ada seorang kawan aku ini tolong aku dalam mata pelajaran tersebut, nama dia Nanthini Rajinderan. Dia ini agak gempak dalam dua mata pelajaran tersebut. Dia kata yang tidak guna kalau lulus semua mata pelajaran tetapi gagal dalam 2 mata pelajaran itu. Jadi kakak kesayangan ku membeli buku rujukan untuk saya dan saya menghabiskannya semua kandungan dari tingkatan 1 hingga 3 dalam satu bulan. Nanthini pula menolong saya membelikan buku 'past year' untuk saya. Dia menyuruh saya membuat latihan berulang kali yang ada pada buku 'past year' itu. Jadi ribuan terima kasih kepada Nanthini Rajinderan, kalau bukan dia sudah tentu aku gagal dalam 2 mata pelajaran itu. Tidak lupa juga keluarga ku bukan setakat ribuan sahaja, sejuta terima kasih kepada mereka.

Sukacitanya aku sudah lulus semua mata pelajaran semasa PMR. Apa keputusannya? Rahsia tapi tidak gempak. Ada A dan B sahaja, itu pun saya sudah bersyukur. Jadi saya ingatkan dengan keputusan PMR yang begitu, saya boleh dapat masuk kelas aliran sains. Malangnya aku tidak dapat masuk kelas aliran sains. Saya dapat kelas aliran perakaunan semasa di tingkatan 4.

Bagi saya tidak kisahlah kamu dapat kelas aliran mana pun, janji kita dapat menuntut ilmu yang berguna dari guru-guru. Sekarang saya dapat memahir subjek perakaunan tetapi tidak sepenuhnya. Saya masih mempelajari tentang perakaunan dengan lebih mendalam lagi. Doakan saya bahawa tahun 2 di UKM nanti saya dapat membuat pengkhususan dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Itu sahaja untuk kali ini, sekian dari saya. Remember "NEVER EVER GIVE UP".


Sunday 15 October 2017

Perjalanan Ku Ke Johor Semasa Cuti Pertengahan Semester

Hai, Uth disini. Disana kawan-kawan semua sihat? Uth disini sihat sahaja. Baiklah, hari ini nak cerita pasal perjalanan saya ke Johor semasa cuti pertengahan semester. Biasa kalau ada cuti sayalah orang pertama yang akan jejak kaki keluar datipada UKM tetapi kali ini kawan-kawan yang lain sudah balik lebih awal dari saya. Sepatutnya khamis malam saya ada kelas citra teater bangsawan, tetapi Cikgu Ayu sudah menunda kelas disebabkan ramai yang sudah bersedia untuk balik ke halaman rumahnya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk balik pada hari jumaat sebab khamis malam saya mahu menyelesaikan sedikit tugasan yang diberi oleh pensyarah. Pada hari jumaat, saya membuat panggilan kepada abang pertama tetapi malangnya abang saya kerja syif petang pada hari tersebut. Jadi dia berkata "Abang kerja syif petang, tanyalah abang 'kecil' sama ada dia boleh ambil adik atau tak?". Selepas itu saya menghantar 'Whatsapp' kepada abang 'kecil', dia pun membalas "Pukul berapa abang perlu ambil?". Saya pun jawab "Ambil adik lepas abang balik kerja". Saya menunggu dia membalas 'Whatsapp' dan panggilan daripada abang 'kecil' tetapi dia berkata bahawa dia sibuk pada hari jumaat. Jadi saya pun duduk memikirkan selama satu jam. Fikir tentang apa? Fikir bagaimana saya mahu balik ke rumah.

Pada masa itu saya terfikir kakak kesayangan ku. Jadi saya mengambil keputusan untuk menjejak kaki ke rumah kakak saya di Johor kerana dia ada benda yang perlu tolong saya. Jadi pada petang itu, kakak saya menempah tiket bas secara 'online', bas saya akan bertolak pada malam pukul 10.30p.m. Saya mengemas semua barang dan buku untuk sedia bertolak.

Jeng jeng jeng, ada perkara yang muncul pada masa ini. Saya berkata kepada kawan bahawa saya akan bertolak ke Johor. Selepas itu, kawan saya yang bernama Muhammad Firdaus juga ingin ikut saya untuk ke Johor pada masa itu, jadi dia meminta tolong kakak saya untuk menempah tiket bas dan masa yang sama dengan saya. Malangnya tiket pada bas dan masa yang sama dengan saya ridak dapat kerana bas tersebut sudah penuh ditempah oleh orang lain. Jadi kakak saya menempah lagi dua tiket untuk saya dan kawan pada masa 11.30p.m. Kawan saya Firdaus ingin balik sangat pada masa itu.

Jadi saya menyuruh Firdaus untuk mengemas barang untuk pergi ke KTM, dari situ kami akan menuju ke TBS. Dia pun bergegas mengemas barangnya dalam bagasi yang besar. Jadi kami pun menempah uber untuk pergi KTM, dalam perjalanan ke TBS Firdaus terserempak dengan kawannya. Kami pun meluangkan masa dengan bersembang sepanjang perjalanan ke TBS. Kami sudah teruja untuk balik ke Johor pada masa itu, tetapi bas kami tiba lewat. Sepatutnya bas perlu tiba pada pukul 11.30p.m, kami menaiki bas pada pukul 12.00a.m. Apa lagi sepanjang perjalanan memang tiada kerja untuk dibuat, saya pun tidur dan bermimpi indah di dalam bas. Firdaus tidak melelapkan mata langsung sepanjang empat jam, dalam fikiran saya "mamat ini tak mengantuk ke?".

Selepas tiba ke Perhentian Larkin di Johor, kami menurun dan mengambil beg masing-masing, kemudian kami menempah uber sekali lagi tetapi lokasi yang berbeza. Rumah kakak saya tidak jauh dari perhentian Larkin hanya mengambil 5 minit sahaja untuk pergi ke rumah kakak saya. Kawan saya menempah uber ke Tampoi. Jadi uber saya sudah tiba awal dan sudah bergerak dulu daripada Firdaus. Selepas saya sampai ke rumah kakak, saya terus menghantar WhatsApp "Kalau sudah sampai ke rumah, whatsapp aku tahu", tetapi mamat itu tidak membalas whatsapp saya dan tidak menjawab panggilan saya.

Keesokkan hari, saya membuat panggilan lagi, dia masih tidak menjawab. Saya sudah risau pada masa itu. Tiba-tiba saya mendapat WhatsApp pada pukul 12.00pm daripada lelaki yang tidak menjawab panggilan itu bahawa dia tidur disebabkan itu dia tidak dapat menjawab panggilan saya. Dalam hati saya, "Haih mamat ini buat orang risau je". Hati rasa lega sedikit kerana dapat tahu kawan saya itu selamat sampai ke rumah. Sekarang saya sedang meluangkan masa di Johor, minggu depan perlu kembali ke UKM untuk menuntut ilmu balik. Lagi satu kawan-kawan saya dari UKM itu, jangan lupa buat tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Itu sahaja pada entri ini, maaf kawan-kawan kalau entri ini tidak menarik pada kali ini. Saya berjanji bahawa akan kembali dengan cerita yang menarik lagi selepas ini.

OK BYE! XOXO

Thursday 12 October 2017

KELAS CITRA DI UKM

Hai kawan-kawan. Hari ini Uth cerita sedikit pasal kelas citra di UKM. Baiklah, apa itu citra? Citra ini boleh dikatakan minor subjek di mana seseorang yang punyai berbagai bakat, harus memilih sekurang kurangnya satu bakat yang paling dia percaya untuk menjadikan bakat itu adalah citra dirinya. Sebagai contoh, seseorang yang berbakat dalam sukan boleh bermain hoki, bola sepak dan larian 100m dan dari bakat itu dipilih bahawa yang paling rapat dengannya ialah larian 100m. Maka itulah citranya. Apa peranan citra untuk mahasiswa UKM? Peranan Pusat Citra ialah membantu pelajar kenal pasti apakah bakat yang akan dicitrakan dan seterusnya dengan bantuan Pusat Citra melalui latihan, modul dan aktiviti sepanjang pengajian maka bakat yang telah dicitrakan itu akan diperkasakan menjadi "Red Umbrella".

Baiklah sekarang saya akan menceritakan kelas citra yang telah saya daftar sepanjang semester satu ini. Kelas citra yang pertama saya daftar adalah Kelas Bahasa Cina. Aku ini pandai Bahasa Cina ke? Kenapa aku daftar subjek ini? Kelas citra boleh pilih apa sahaja subjek walaupun seseorang itu mahir atau pun tidak. Ya betul, saya memang tidak pandai berbahasa cina sebab itulah saya mendaftar subjek ini sebagai subjek citra saya. Saya ada segelintir kawan yang berbangsa cina, jadi seiap kali saya ingin berkomunikasi dengan mereka, saya perlu bercakap dalam bahasa melayu atau pun bahasa inggeris. Jadi apa salahnya saya mahu belajar bahasa cina. Keinginan saya sejak kecil lagi di mana saya mahu bercakap dalam pelbagai Bahasa seperti Jepun, Mandarin, Korea. Jadi kali ini saya ambil inisiatif untuk belajar bahasa cina dan dapat mahir untuk berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Semasa kelas pertama, pensyarah tersebut mengajar kami tentang "Hanyu Pinyin" di mana ada 4 ton yang perlu kami belajar untuk berkomunikasi.

Selepas itu, kami mula belajar berkomunikasi sedikit demi sedikit. Walaupun agak susah pada permulaan, lama-kelamaan rasanya saya dapat memahirkan diri untuk berbahasa cina tetapi tidaklah sepenuhnya. Kawan-kawan saya yang berbangsa cina sangat bangga kerana saya mengambil inisiatif untuk belajar bahasa cina semata-mata dapat berkomunikasi dengan mereka. Baru-baru ini pensyarah telah mengajar kami bagaimana sebut nombor, hari, tarikh dan bulan dalam bahasa cina. Pada kelas yang seterusnya kami akan membentangkan tentang perayaan yang disambut oleh rakyat di negara China. Saya berharap sebelum tamat pengajian dapat mahir dalam berbahasa cina dengan sepenuhnya. Ribuan terima kasih juga kepada kawan-kawan saya yang berbangsa cina untuk membantu saya dalam subjek ini.

Belum habis lagi ye, saya ada daftar satu lagi kelas citra iaitu subjek Teater Bangsawan. Percaya atau tidak tetapi ini adalah benar. Apa aku boleh dapat dengan Teater Bangsawan ini? Ok, sejak sekolah menengah lagi saya memang minat dalam berteater. Hidup realiti ini pun terasa macam ramai orang "Berteater", lagi sekali apa salahnya kalau saya nak mengambil subjek ini. Semasa di sekolah menengah saya biasakan diri dalam teater moden sahaja. Jadi kali ini saya melibatkan diri dalam Teater Bangsawan di mana ada berkaitan dengan cerita-cerita raja. Kelas ini akan diadakan pada waktu malam, di mana boleh bersantai-santai sambil belajar.

Tugasan yang pertama yang saya dapat adalah untuk membuat ulasan tentang filem "Siti Muslihat", kepada yang belum menonton filem ini silakan layan di YouTube. Selepas itu, pensyarah beri kami tugasan yang lagi satu dimana saya dan ahli kumpulan saya perlu memilih salah adegan dan perlu berlakon depan pelajar-pelajar yang lain. Saya telah mendapat watak Raja. Selepas cuti pertengahan semester ini kami akan lakonkan adegan filem tersebut. Jadi doakan saya bahawa ahli kumpulan dapat buat yang terbaik nanti.

Inilah adalah subjek citra saya dimana saya ingin memahir lagi dalam dua subjek ini sepanjang pengajian. Saya perlulah cungkil bakat yang lain selain daripada fokus dalam akademik sahaja. Jadi apakah citra kamu, kawan-kawan?

Kita berjumpa lagi dalam entri yang seterusnya. Xiexie, Zaijian!

Sunday 8 October 2017

Tugasan Dalam Kelas Aplikasi Komputer.


Hai, hari ini Uth nak menceritakan tentang hari pertama kelas aplikasi komputer. Sebelum saya bermula menghadiri kelas tersebut, saya perlu daftar subjek aplikasi komputer di smpweb ukm. Maklumlah saya ini budak "first year", masih tidak tahu bagaimana nak mendaftar subjek. Jadi dengan bantuan senior-senior saya, saya dapat mendaftar beberapa subjek termasuklah subjek aplikasi komputer. Senior saya beritahu bahawa subjek aplikasi computer adalah salah satu subjek wajib yang saya perlu daftar. Masa itu saya berfikir "Kenapa saya perlu belajar pasal komputer?, setakat guna 'Word' dan 'Excel' rasanya semua orang tahu guna." Begitulah aku bermonolog semasa mendaftar subjek aplikasi komputer.

Pada hari pertama saya sesat semasa pergi ke kelas aplikasi komputer kerana saya tidak tahu di mana terletaknya 'Lab 3''. Semasa saya berlalu di kawasan bilik seminar saya terjumpa seorang lelaki dewasa, jadi saya pun bertanya dekat lelaki dewasa tersebut "Encik, Lab 3 ini dekat mana eh?". Lelaki dewasa itu menjawab "Saya pun nak pergi ke Lab 3, mari ikut saya". Lalu saya pun ikut belakang lelaki dewasa tersebut menuju ke Lab 3. Mula-mula rasa malu sebab saya seorang sahaja yang datang lambat ke kelas pada hari pertama. Kemudian saya terkejut sebab lelaki dewasa saya jumpa di kawasan bilik seminar tadi adalah PENSYARAH saya untuk subjek aplikasi komputer.

Pada hari pertama semestinya pensyarah tersebut memperkenalkan dirinya. Selepas itu, pensyarah tersebut memulakan kuliah pertama iaitu belajar tentang "INTRODUCTION TO COMPUTER", kemudian pensyarah kata kami perlu buat beberapa tugasan dan juga ujian makmal. Jadi tugasan yang diberi oleh pensyarah adalah cipta blog dan saya perlu buat minimum 22 entri blog sebelum akhir semester. Masalah mula timbul kerana saya tiada ilmu dalam mencipta blog, jadi pensyarah pun berkata "YouTube boleh mengajar anda pasal semua benda, jadi rujuklah YouTube". Jadi saya pun rujuk YouTube untuk mencipta blog sendiri, masa itu saya berasa "wah, hebat juga aku ini dapat cipta blog dengan sendiri", tetapi yang masalahnya setiap kali membuat entri baru saya perlu berfikir untuk tentang apa yang saya perlu menaip. Jadi ini adalah entri ketiga saya, masih ada 19 entri lagi untuk menaip sebelum akhir semester ini.

Selepas itu pada kelas yang seterusnya, pensyarah mengajar bagaimana membuat "Data Mail Merge", saya agak terkejut bila buat "Data Mail Merge" sebab terasa diri sendiri masih kurang pandai lagi tentang penggunaan 'Word'. Rupanya ada banyak benda lagi yang saya perlu belajar tentang 'Word'. Selepas membuat "Data Mail Merge", pensyarah memberi tugasan 'Word' dan perlu menghantar tugasan tersebut sebelum 09 Oktober 2017. Tajuk yang diberi oleh pensyarah kepada saya adalah "Revolusi Google". Semasa membuat tugasan ini saya mendapat ilmu yang baru tentang penggunaan 'Word', sebagai contoh dulu semasa membuat isi kandungan perlu menaip satu-satu dalam kotak tetapi selepas menghadiri kelas ini baru tahu bahawa tetapan untuk isi kandungan boleh buat secara automatik.

Jadi saya tarik balik kata-kata sebelum ini, bukan semua orang pandai dalam penggunaan komputer tetapi kita boleh belajar daripada seorang yang arif tentangnya. Terima kasih kepada pensyarah saya, masih ada banyak benda lagi saya perlu belajar daripadanya.
Selepas cuti pertengahan semester saya perlu melakukan ujian makmal, adakah saya dapat membuatnya dengan baik atau tidak? Tunggu dan lihat nanti!

Jadi inilah serba sedikit tentang tugasan awal yang diberi dalam kelas aplikasi komputer. Saya yakin bahawa masih ada banyak tugasan lagi yang saya perlu lakukan nanti. "

'Bye' daripada Uth, XOXO!

Friday 29 September 2017

Minggu 3M Di Kolej Tun Hussein Onn

Hai kawan-kawan, UTH sudah kembali dalam blog yang seterusnya ini. Baiklah dalam blog ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti kolej yang dijalankan pada hari pertama saya di kolej. Selepas menjejak kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia, satu keluarga saya menuju ke Fakulti Ekonomi & Pengurusan untuk membuat pendaftaran di fakulti. Selepas itu, kami datang ke kolej untuk buat pendaftaran di kolej pula, untuk pengetahuan anda semua saya ditempatkan di Kolej Tun Hussein Onn(KTHO) yang juga dikenali sebagai Kolej Palapes.

Selepas mendaftar diri saya mengemas barang-barang di bilik, pada masa itu mahasiswa dan mahasiswi Kolej Tun Hussein Onn diminta untuk berkumpul di Dataran Pahlawan. Pada masa itu, mahasiswa tahun dua dan tahun tiga diberi tugas untuk mengendalikan aktiviti 3M bersama mahasiswa dan mahasiswi tahun satu. Saya bermula fikir, apakah itu 3M yang dikatakan oleh pelajar senior itu? Ada salah satu senior menerangkan tentang 3M itu bermaksud Minggu Mesra Mahasiswa, di mana semua mahasiswa dan mahasiswi beramah mesra antara satu sama lain. Pertama kami diperkenalkan dengan Majlis Tertinggi Pelajar yang berada di Kolej Tun Hussein Onn termasuklah pengetua kolej kami iaitu Professor Madya Dr. Norinsan Kamil Othman.

Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan. Pertama kami diasingkan mengikut domain untuk melakukan aktiviti di luar kolej, saya telah memilih domain kebudayaan. Jadi pelajar yang memilih domain kebudayaan perlu bergerak ke DECTAR (DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK), disini kami dikenalkan dengan pihak atasan dalam seni kebudayaan. Aktiviti domain kebudayaan sangat mengujakan sebab kami menari tanpa berhenti, pelajar semua sangat gembira kerana ini telah menghiburkan kami pada minggu pertama di UKM.

Okay lupakan pasal domain tersebut, saya saja mahu ceritakan sedikit tentang domain tersebut sebab dalam semua domain yang dikendalikan di UKM ini, saya paling menyukai domain kebudayaan kerana kami semua menari untuk lagu 'I AM ME'. Selepas pulang daripada aktiviti luar kolej iaitu aktiviti domain, mahasiswa dan mahasiswi KTHO harus berkumpul di Dataran Pahlawan. Kami diajar dengan macam-macam sorakan di kolej, antaranya adalah Hakka, Hot To Go, Boom Ohh Yahh, Sehati Sejiwa, UKM Bersaudara, Roti Canai dan pelbagai tepukan yang diajar oleh senior-senior kami. 

HAKKA TUN HUSSEIN ONN
Hussein Onn X2
Ku Genggam Api X2
Ku Pasak X2
Ku Asak X2
Naikkan Semangat Kami
Gempur X3

Bukan itu sahaja, kami juga menari untuk lagu 'Baby Shark' yang diketuai oleh senior Faisal, "Baby Shark dodododododo...". Walaupun ini dianggap macam perangai kekanakkan tapi sangat menyeronokkan bagi saya. Lagu Pokemon juga dipasang untuk menari dalam kalangan mahasiswa, saya masih tidak dapat melupakan lirik lagu pokemon tersebut. "Ada Pokemon listrik Pikachu, Ada Pokemon air Squirtle, Ada Pokemon api Charmander...". Begitulah liriknya yang bermain dikepala saya semasa menaip tentang minggu 3M ini. Semua senior-senior di KTHO sangat peramah dan mesra dengan mahasiswa tahun satu.

Kami diingatkan bahawa pada tarikh akhir Minggu Mesra Mahasiswa ada Perang DECTAR, dimana semua kolej yang berada di UKM perlu bersaing antara satu sama lain. Kolej mana yang bertahan sampai ke akhir dan tidak sesekali mengalah, maka kolej itu dinobatkan sebagai pemenang dalam Perang DECTAR. Apabila saya memasuki DECTAR, hati saya mula berdebar kerana kuantiti pelajar dari kolej lain lebih ramai daripada kolej kami. Masa itu senior berkata, "Jangan takut dengan kuantiti yang banyak, walaupun kita tidak mempunyai kuantiti yang ramai tunjukkan kepada mereka tentang kualiti kita". Maka Perang Dectar pun bermula, masing-masing tidak mengalah pada awal permulaan, semua kolej mempunyai semangat yang berkuasa penuh. Semasa mahasiswa kolej lain melantangkan suara mereka untuk memenangi Perang Dectar ini, senior kolej kami menyuruh untuk jangan membalas dulu, bak kata salah satu senior "simpan tenaga dulu, jangan sia-siakan tenaga dan suara kamu pada awal peperangan".

 Tidur dulu sebelum memulakan Perang Dectar


Kembali bersemangat semula 

Jadi kami mula melantangkan suara kami dengan pelbagai sorakan dan bunyi untuk menguasai DECTAR tersebut. Tidak lama dari itu ada sesetengah pelajar yang sudah penat, namun senior kami memberi semangat untuk bangkit semula. Peperangan tersebut penuh dengan bunyi sorakan, bunyi hon, bunyi wisel, bunyi ketukan dram dan macam-macam lagi. Bilangan mahasiswa mula berkurang dari Perang Dectar kerana ada diantara mereka yang sudah mengalah dan ada juga yang sudah penat tidak dapat untuk meneruskan lagi. Pada akhir perlawanan KTHO memenangi dalam Perang Dectar!! GO GO KTHO!! Saya sangat bangga kerana dapat ditempatkan di KTHO dengan rakan-rakan yang peramah dan senior-senior yang tidak berputus asa untuk memberi semangat untuk kami.

Bercakap tentang senior KTHO, saya sangat berterima kasih kerana menjaga kami sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa. Pada mulanya sahaja mereka semua Nampak garang tapi sebenarnya sangat baik hati dan mengambil berat tentang mahasiswa tahun satu. Bukan itu sahaja, pada hari Perang Dectar merekalah yang mengipaskan kami semasa berpeluh, memberi minuman kepada mahasiswa yang penat dan dahaga. Ada juga senior yang selalu menanyakan tentang kesihatan kami. Bukan setakat ribuan tetapi jutaan terima kasih kepada senior-senior saya yang mengendalikan Minggu Mesra Mahasiswa .

Baiklah kawan-kawan inilah serba sedikit tentang Minggu 3M di kolej saya. Pada blog yang akan datang, saya muncul dengan cerita yang lain, okay. Teruskan bersama saya, xoxo!


Monday 25 September 2017

Siapakah Saya?



Hai kawan-kawan ini adalah blog pertama saya, jadi marilah baca tentang diri ku yang berharga infiniti. Nama yang diberi oleh ibu bapa adalah Uthaya Vinoth A/L Nagantheran, tetapi saya sudah menyingkatkan nama saya sendiri iaitu UTH. Jadi semua orang boleh panggil saya UTH. Saya berasal dari Negeri Selangor juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas buah negeri yang membentuk Malaysia.


Ibu bapa saya mempunyai 5 cahaya mata di mana saya adalah cahaya mata yang paling menyinari dalam keluarga iaitu anak bongsu. Saya memang anak manja dalam keluarga, kalau saya nak sesuatu saya akan cuba dapatkan dengan apa cara sekali pun. Jadi faham-faham sahajalah kalau saya ini ada perangai mengada-ngada sikit, manja pun ada terselit sikit tahu. Saya seorang yang mesra tetapi "I LITERALLY DON'T TALK TO ANYONE, UNTIL THEY TALK TO ME FIRST". Hobi saya adalah mendengar lagu, menonton filem dan membaca buku fixi. Ya betul, semua hobi saya adalah membuang masa sahaja dan tiada manfaat daripadanya, jadi janganlah contohi diri ku ini.

Pada peringkat awal saya menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Taming Jaya atau nama ringkasnya SKTJ. Pada tahun 2010, saya sambung pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya atau nama ringkasnya SMKCJ. Selepas mendapat keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk sambung pengajian pada peringkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Selepas menghadapi pelbagai halangan, cabaran dan kesakitan semata-mata untuk sambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda. Sekarang saya sambung pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian.

Sekian sahaja dari saya, pada blog yang akan datang saya akan ceritakan perkara yang lebih menarik lagi. Okay. Ini blog untuk memperkenalkan diri saya sahaja. Bye Readers!

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...