Hai semua. Hari ini saya ingin cerita sedikit tentang pasal "Dreamers". Apa itu "Dreamers"? "Pemimpi" kalau kamu semua pergi Google Translate perkataan itu. Saya bukan maksudkan mimpi semasa awak semua tidur itu tetapi tenatang impian kamu, keinginan masa depan kamu atau cita-cita kamu semua. Saya pasti bahawa dalam dunia ini semua orang ada impian atau cita-citanya tersendiri. Tidak mungkin seorang manusia boleh hidup tanpa ada cita-cita atau pun keinginan, tidak kisah walaupun impiannya adalah kecil atau sikit. Impian dalam diri manusia inilah yang menjadi penggerak untuk maju.
Saya pun seorang "Dreamers" juga. Semasa sekolah rendah ibu bapa selalu bertanya apakah impian saya. Saya pun jawab "Impian adik adalah jadi doktor". Setiap hari satu impian semasa kecil, saya rasa anda semua pun begitu juga. Pada masa umur kamu semua sudah matang, kamu akan menetapkan impian dan cita-cita secara serius. Saya akan mengkategorikan impian ini ada yang impian jangka masa pendek dan ada juga impian jangka masa panjang.
Impian jangka masa pendek dimana kamu cuba capai impian tersebut mungkin dalam lingkungan 4 tahun atau 5 tahun. Sebagai contohnya, semasa di darjah 6 impian saya adalah untuk mendapat 5A dalam UPSR, jadi jangka masanya adalah hanya setahun. Impian semasa darjah 6 itu tidak tercapai pun. Selepas itu, impian pelajar tingakatan 3 biasanya adalah mendapat 7A atau 8A dalam PMR, jadi untuk impian ini hanya mengambil masa untuk 3 tahun. Manakala bagi pelajar SPM pula mengambil masa 2 tahun. Jadi impian yang sebegini boleh dikatakan impian jangka masa pendek.
Impin jangka masa panjang dimana mengambil lebih dari 5 tahun untuk tercapai. Sebagai contoh, impian saya semasa tingkatan 4 adalah untuk menjadi seperti "Tony Fernandes". Siapa pula mamat ini? Tony Fernandes adalah seorang usahawan Malaysia dan juga CEO bagi AirAsia. Adakah impian untuk menjadi seperti dia adalah perkara yang boleh tercapai dalam jangka masa pendek? Semestinya tidak. Kemungkinan ada pelajar yang impiannnya adalah untuk menjadi doktor, jadi proses untuk tercapai impian menjadi doktor adalah lama.
Setiap manusia di dunia ini mempunyai impian yang berbeza. Ada yang mengusahakan sedaya upaya untuk mencapai impiannya. Ada yang mengalah separuh jalan. Ada juga manusia yang hidup yang tidak mempunyai impian langsung dalam kehidupan ini.
Impian menjadikan manusia lebih kuat untuk menghadapi segala rintangan dan tentangan sebab impian dapat menimbulkan kemahuan keras untuk merealisasikannya. Jadi jangan takut untuk memimpikan sesuatu. Jadikan impian itu nafas kehidupan.
Itu sahaja dalam entri ini, "Bye Dreamers"!
No comments:
Post a Comment