Wednesday 13 December 2017

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk membuang masa dengan melepak), Katil (bersahabat baik dengan katil dan tidur melampau) dan Komputer (hanya duduk dalam dunia maya sendiri, melayan media sosial dan tidak mahu bercampur gaul). Sejauh mana perkara itu mengikis kualiti graduan lulusan universiti tempatan dan membayangi ketidakbolehpasaran graduan tempatan dalam pasaran kerja berkemahiran tinggi. Wartawan BH AHAD, NADIA HAMID menemubual Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merangkap Pengetua Kolej Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Dr Afandi Ahmad dan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Hazwan Syafiq Haznain.
S: Dr pernah menyebut sebelum ini, pelajar universiti perlu membuang khayalan tidak berasas seperti digambarkan dalam drama. Mengapakah perkara sedemikian berlaku?
J: Saya berpandangan pengaruh media hari ini sangat kuat. Remaja lebih cenderung melayari laman sosial, misalnya YouTube dan ledakan penggunaan media sosial ini memudahkan perkongsian pelbagai maklumat berbanding beberapa tahun dulu. Drama dihidangkan pembikin filem tempatan adalah wadah membentuk pemikiran masyarakat, walaupun saya akui nilai komersial itu tidak boleh diketepikan kerana 'filem kita wajah kita'. Akan tetapi, jika kita lebih banyak dihidangkan dengan gambaran kehidupan di universiti hanya berkisar soal mencari pasangan di perpustakaan, konflik merebut cinta adam dan hawa antara senior dan junior, konflik gejala sosial remaja di universiti, sedikit sebanyak inilah yang menjadi wayang minda dan membentuk imaginasi golongan muda yang merintis kemasukan ke universiti. Mereka akan terus terbuai keasyikan dan keseronokan yang sebenarnya 'tidak ada' kerana jangkaan realiti sebenar berbeza. Kita selalu diingatkan, apa kita makan, membentuk tubuh kita. Apa didengar, boleh menjadi suara hati kita. Apa dilihat membentuk wayang minda kita.
S: Pendapat Dr mengenai pelajar terbabit sindrom 4K, satu amaran yang perlu diambil perhatian. Apakah cara menangani isu ini?
J: Saya ketengahkan sindrom 4K (Kuliah, Kafeteria, Katil, Komputer) kerana ia perkara serius. Pada 2011, apabila universiti memberi amanah sebagai Pengetua di Kolej Kediaman Perwira, saya mula mendekati kehidupan siswa dan siswi, khususnya pelajar tahun pertama. Berikutnya, ketika diamanahkan memimpin Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebagai Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) pada 2012 dan Dekan (April 2015) sekali gus, masih memikul tanggungjawab sebagai Pengetua, menguatkan semangat saya untuk terus menyelami mahasiswa. Saya melihat mereka dengan dekat dalam kedua-dua aspek, akademik dan pembangunan diri. Bagaimanapun, saya bimbang mereka terus hanyut dengan sindrom 4K ini. Misalnya, kuliah - ada yang berpandangan di universiti kita hanya perlu fokus kepada kuliah dan menjadi ulat buku. Mereka tidak langsung mahu terbabit aktiviti kolej atau fakulti kerana beranggapan tiada kaitannya dengan kuliah dan akademik mereka. Golongan inilah yang berada pada zon bahaya kerana cabaran selepas tamat pengajian jauh lebih mencabar.
Perkara kedua - Kafeteria, memang berlaku dalam kalangan kaki bergentayangan! Golongan pelajar sebegini biasanya berkumpulan, mempunyai niat tersendiri dan suka membazirkan masa. Apabila banyak masa dibazirkan untuk perkara tidak bermanfaat, tujuan utama ke universiti dikesampingkan. Asas pokok ketiga - Katil, di universiti kebanyakan masa tidur mereka berubah. Ada masanya perlu berjaga malam kerana menyelesaikan tugasan akademik, membuat persediaan program pelajar boleh dianggap keperluan. Tetapi, jika jadual tidurnya berubah seumpama lagu kanak-kanak 'nenek-nenek si bongkok tiga, siang mengantuk malam berjaga...' ini merunsingkan. Akhirnya, waktu solat entah ke mana, kuliah pula semua diswastakan kepada rakan untuk mewakilkan. Katil menjadi sahabat sejati buat mereka dan ramai pelajar yang menghabiskan waktu malam dengan permainan komputer secara perseorangan mahupun berjemaah.
Pada zaman saya mula-mula memasuki universiti sekitar 1997, komputer sangat asing. Tidak ramai memilikinya. Hari ini, hampir semua pelajar boleh memilikinya. Perkara ini perkembangan baik kerana satu keperluan, selain membantu pelajar belajar. Tetapi, ancamannya masih sama. Permainan komputer, menonton video dan melayari internet tanpa kawalan. Boleh dikatakan, semua laman sesawang dilayari, dua bahkan lebih akaun Facebook, Twitter, Instagram, VSCO dan Snapchat. Ancaman ini akhirnya semakin bahaya dan membentuk sikap sebagai individu antisosial.
Untuk menangani perkara ini, pelajar universiti kena mensyukuri nikmat peluang belajar. Pihak universiti, khususnya pensyarah berperanan mentafsir definisi cemerlang bukan dengan hanya banyak gred A. Top 10 skills disenaraikan World Economic Forum pada 2020 jelas memberi isyarat negara memerlukan lulusan graduan seimbang, berilmu dan akhlak seperti gagasan lonjakan 1 PPPM (PT). Di universiti tiada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seperti di sekolah. Bagaimanapun, jangan sesekali memberikan kunci kebebasan sepenuhnya kepada anak di universiti. Kebebasan terkawal sangat penting, misalnya ibu bapa tahu rakan baik anak mereka di universiti. Sekali sekala pada cuti semester, cuba undang mereka hadir ke rumah. Penting, kerana kita bimbang anak yang mencari identiti diri boleh tersilap memilih rakan.
S: Dunia tanpa sempadan menyebabkan pelajar universiti berdepan banyak cabaran, antaranya diperkudakan pihak ketiga dengan menyertai skim tidak berfaedah. Sejauh mana perkara berkenaan boleh merosakkan pelajar kita?
J: Kesan dunia tanpa sempadan juga menjadikan siswa siswi semakin kurang membaca. Mereka hanya mempunyai sumber rujukan terhad, mudah percaya dan ada juga antaranya, tidak berfikir panjang. Pengaruh media sosial kepada mereka lebih banyak yang menjerat. Pelbagai aplikasi mereka ada. Sebut sahaja, hampir semuanya ada dalam telefon pintar mereka. Masa juga banyak dihabiskan leka dengan aplikasi ini. Diperkudakan pihak ketiga? Inilah yang sangat kita bimbang. Pelbagai anasir negatif menular dan mudah meresap masuk. Jika pelajar tidak disempadani dengan nilai baik, kebebasan diberikan sepenuhnya kepada mereka, bimbang akan ada pihak menyesal di kemudian hari.
Sebilangan pelajar yang menyertai perniagaan tidak sah, adalah kerana termakan pujuk rayu pihak ketiga yang cuba mengaburi mereka dengan gambaran kehidupan mewah. Ada pelajar sanggup menipu ibu bapa meminta wang saku bulanan lebih untuk dijadikan modal, ada juga mengambil risiko dengan menggunakan wang pinjaman/biasiswa sendiri. Ada juga berani meminjam wang daripada rakan. Konsep perlu mencari ahli lain sebagai anggota menyebabkan pelajar leka, kerana memerlukan masa dan komitmen. Pelajaran entah ke mana, perniagaan tidak berjaya atau mereka ditipu.
S: Berada di universiti juga memerlukan strategi dan komitmen tinggi, khususnya sejak tahun pertama. Sehingga kini, berapa ramai pelajar berjaya melakukannya?
J: Saya suka mengambil contoh kejayaan atlet negara sebagai inspirasi. Selain nama unggul seperti Azizulhasni Awang, kini muncul Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail dalam Edisi ke-15 Sukan Paralimpik Rio yang banyak memberikan pengajaran. Kejayaan bukan suatu kebetulan, tetapi perlukan strategi dan komitmen tinggi. Sama sahaja di universiti, kita ingin menjadi bukan sekadar jaguh kampung tetapi juga graduan kompeten, seimbang ilmu dan akhlak rapi.
S: Benarkah pelajar universiti tidak disediakan mengikut kehendak pasaran kerja? Adakah tanggapan ini menyebabkan graduan lulusan tempatan tidak layak dibayar kadar upah sepadan kelayakan mereka?
J: Persoalan ini menarik dan sering saya bincangkan dalam sesi kuliah saya. Ada dua perkara, kurikulum di universiti dan keperluan pasaran kerja. Dalam aspek pembangunan kurikulum pengajian, aspek pandangan pemain industri termasuk bakal majikan diambil kira. Untuk mengukuhkan hal ini, program kejuruteraan dilantik sebagai panel penasihat industri dan profesor adjung memberikan input berguna supaya pelajar disediakan dengan keperluan industri.
Kedua, keperluan pasaran kerja perlu difahami sebaiknya, sama ada bakal majikan dan graduan. Pengajian di universiti adalah proses membina daya fikir, kematangan dan pembangunan diri. Tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor digembleng bersama agar graduan dilahirkan seimbang ilmu dan perlakuannya. Bagaimanapun, harus diakui selain faktor perkembangan ekonomi semasa yang tidak menentu dengan perkembangan teknologi semakin pantas memerlukan graduan bersedia fizikal dan mental.
Persiapkan 1,001 kemahiran diperlukan bakal majikan. Ketika ini, antara elemen penting dinilai bakal majikan adalah penyelesaian masalah kompleks. Perkara ini tidak diajar dalam kelas, tetapi memerlukan kemahiran tambahan iaitu fleksbiliti kognitif pelajar. Jika pelajar hanya fokus skor peperiksaan, sangat sukar. Pembabitan berpersatuan juga penting.

Susahnya Nak Tambah Kenalan Di Universiti

Universiti sepatutnya jadi perkara yang paling seronok! Lebih-lebih lagi bila setiap kali digambarkan bagaimana seronoknya kehidupan di universiti, tentulah mindset kita mula gambarkan; hidup tanpa peraturan, tiada uniform sama yang perlu dipakai setiap hari, jadual kelas yang lebih fleksibel dan macam-macam lagi. Percayalah apa yang digambarkan itu boleh terjadi! Tapi, kehidupan semasa tahun pertama di universiti boleh mengubah apa yang kita harapkan sekaligus buatkan kita rasa hidup di universiti sesuatu yang teruk.

Bukan semua dari kita dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu, berbual dengan orang yang luar dari kebiasaan kita lebih-lebih lagi jika kita seorang yang pemalu dan 'introvert' yang membuatkan kita berasa kekok dan keseorangan. Tidak hairanlah jika di universiti terdapat kelompok-kelompok yang masih belum 'move on' dengan kawan-kawan semasa di matrikulasi mahupun di asrama penuh dulu.

Tidak mudah dan tidak mustahil untuk kita menambah kenalan di universiti. Universiti merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita menambah kenalan. Sertailah mana-mana organisasi atau persatuan yang membolehkan kita berinteraksi sesama ahli dan bekerjasama di dalam kumpulan selain dapat menambah pengalaman menguruskan program-program yang dirancang persatuan. Aktifkan diri untuk berpersatuan dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.

Keraplah mengikuti mana-mana 'study group' yang dijalankan di universiti. Jika tiada, tubuhkan satu, cukup sekadar mengajak rakan-rakan sekuliah untuk sama-sama membantu dalam pelajaran. Jangan hanya memilih untuk terperap di dalam dorm/bilik selepas tamat kelas, sebaliknya gunakan masa ini untuk 'explore' universiti kita. Contoh termudah, jika kita kebiasaannya mengulang kaji sendiri di bilik tukarkan dengan berselang-seli pergi ke perpustakaan. Ajaklah seorang dua rakan untuk belajar bersama-sama dengan persekitaran baharu. Mesti seronok!


Peranan Ibu Dalam Keluarga

Peranan dan fungsi seorang ibu adalah sebagai “tiang rumah tangga” amatlah penting bagi terselenggaranya rumah tangga yang sakinah yaitu keluarga yang sehat dan bahagia, karena di atas yang mengatur, membuat rumah tangga menjadi surga bagi anggota keluarga, menjadi mitra sejajar yang saling menyayangi bagi suaminya. Untuk mencapai ketentraman dan kebahagian dalam keluarga dibutuhkan isteri yang shaleh, yang dapat menjaga suami dan anak-anaknya, serta dapat mengatur keadaan rumah sehingga tempat rapih, menyenangkan, memikat hati seluruh anggota keluarga.
Menurut Baqir Sharif al-Qarashi (2003 : 64), bahwa para ibu merupakan sekolah-sekolah paling utama dalam pembentukan kepribadian anak, serta saran, untuk memenuhi mereka dengan berbagai sifat mulia, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW. yang artinya: “Surga di bawah telapak kaki ibu”, menggambarkan tanggung jawab ibu terhadap masa depan anaknya. (Zakiyah Daradjat, 1995 : 50)
Dari segi kejiwaan dan kependidikan, sabda Nabi di atas ditunjukan kepada para orang tua khususnya para ibu, harus bekerja keras mendidik anak dan mengawasi tingkah laku mereka dengan menanamkan dalam benak mereka berbagai perilaku terpuji serta tujuan-tujuan mulia, adapun tugas-tugas para ibu mendidik anak-anaknya iaitu :
  1. Para ibu harus membiasakan perbuatan-perbuatan terpuji pada anak,
  2. Para ibu harus memperingatkan anak-anak mereka akan segala kejahatan dan kebiasaan buruk, perilaku yang tidak sesuai dengan kebiasaan sosial dan agama,
  3. Para ibu harus memiliki kesucian dan moralitas sebagai jalan pendidikan untuk putra-putri mereka,
  4. Para ibu jangan berlebihan dalam memanjakan anak,
  5. Para ibu harus menanamkan pada anak rasa hormat pada ayah mereka,
  6. Para ibu jangan pernah menentang suami, sebab akan menciptakan aspek kebencian dengan kedengkian satu sama lain,
  7. Para ibu harus memberi tahukan pada kepala keluarga setiap penyelewengan tingkah laku anak-anak mereka,
  8. Para ibu harus melindungi anak dari hal-hal buruk menggoda serta dorongan-dorongan perilaku anti sosial,
  9. Para ibu harus menghilangkan segala ajaran atau metode yang dapat mencederai kesucian serta kemurnian atau meruntuhkan moral dan etika seperti buku-buku porno novel,
  10. Para ibu harus memelihara kesucian dan perilaku terpuji. (Baqir Sharif al-Qarashi, 2003 : 66)

Sunday 10 December 2017

Charity Fun Run Di UKM

Hari ini saya akan menceritakan tentang charity fun run yang dijalankan oleh kolej dato onn dengan kerjasama kolej tun hussein onn iaitu kolej saya sendiri. Saya telah melibatkan diri dalam program ini sebagai ahli jawatan kuasa. Tujuan program ini adalah untuk kumpul dana bagi menjayakan dalam Penggerak Pendaulat Borneo iaitu kami akan membantu penduduk sabah kali ke-3.

Sehari sebelum program dijalankan saya dan kawan-kawan membantu rakan-rakan lain dalam persiapan untuk keesokkan hari. Saya dan rakan sebagai ahli jawatan kuasa menawarkan diri untuk menjaga "checkpoint", saya menjaga "checkpoint berdekatan dengan kolej rahim kajai. Sebelum pada hari kejadian, kami semua menolong rakan lain meniup belon dan menyediakan pintu gerbang semasa larian nanti. Semasa saya meniup belon saya sudah penat separuh jalan, kepala saya mula pitam dan badan mula berpeluh. Saya menghidapi penyakit asma jadi saya tidak dapat memberi oksigen kepada belon semua. Jadi pada masa itu saya menolong mereka terhadap benda lain selain daripada meniup belon. Pada hari itu selepas kami menolong rakan yang lain kami balik ke bilik dalam pukul 1.30am.

Pada hari kejadian kami terpaksa bangun pada awal pagi untuk bersiap sedia untuk menjaga checkpoint. Selepas kami berkumpul di panggung seni, kami diberi masa untuk sarapan dulu. Selepas kami sarapan saya dihantar dekat kolej rahim kajai untuk pantau dan memerhati di checkpoint tersebut. Pada masa itu saya nampak ramai yang berlari dengan penuh semangat bukan sahaja warga malah warga tua ada semasa larian tersebut.

Selepas larian tamat, kami semua ahli jawatan kuasa bermain dengan 'coloured powder', itu sangatlah meyeronokkan. Ada yang mengambil gambar dengan rakan-rakan sebagai kenangan. Saya nampak keeratan rakan kolej dato onn dan kolej tun hussein onn adalah sangat kukuh dalam menjayakan program ini. Saya berharap selepas ini ada lagi program seperti ini dengan kerjasama kolej lain bagi mengeratkan lagi hubungan dan kenalan dalam hidup saya.

Saturday 2 December 2017

Pengalaman Membuat Powtoon

Ini saya ingin bercerita balik tentang projek aplikasi komputer. Pensyarah pernah beri macam-macam assignment seperti Word, Excel, Powerpoint dan Access tetapi semua itu saya tidak pernah menghadapi masalah dalam semua itu. Tiba-tiba saya menhadapi masalah dalam membuat assignment Web 2.0. Dalam fikiran "Apa binatang Web 2.0 tu?"

Syarat untuk membuat Web 2.0 adalah kami sekumpulan perlu mempromosi produk kami. Seminggu sebelum pembentangan Web 2.0 saya mula buat. Ada kawan sekelas dan sekolej iaitu Najmi Amri membantu saya untuk mengajar bagaimana untuk membuat assignment tersebut. Pada mulanya saya ingatkan kena muat turun aplikasi untuk membuat video tersebut tetapi tidak, kawan saya berkata video itu boleh buat secara online. Kawan saya buat video fasal MyCafe yang berada di UKM ini, saya pula buat fasal Choco Jar, disebabkan rabu saya tidak ada kelas jadi saya dan kawan saya stay up sampai pagi pukul 3.30am untuk menyiapkan assignment Web 2.0.

Walaupun rakan yang menolong saya itu bukanlah satu kumpulan dengan saya tetapi dia banyak membantu dalam pengajaran Web 2.0. Saya sangat berterima kasih dengan dia atas pertolongan tersebut. Pada hari rabu pula, saya menyambung sikit lagi untuk menyiapkan video Web 2.0. Pada petang itu saya berjaya menyiapkan assignment tersebut.

Minggu depan saya perlu membuat pembentangan bersama kumpulan saya tentang produk kami iaitu Choco Jar. Harap pembentangan nanti berjalan dengan lancar dan kami semua dapat markah yang baik sama-sama. Paling penting saya dapat pengalaman membuat Web 2.0 lalui Powtoon. Selepas ini kalau saya betul-betul menjual produk apa-apa bolehlah menggunakan ilmu ini untuk mempromosikan produk saya nanti.




ASSIGNMENT KELAS CITRA TEATER BANGSAWAN

Kelas citra teater bangsawan adalah salah satu citra saya minat dalam UKM ini kerana saya seorang yang meminati teater moden tetapi belum mempelajari tentang teater bangsawan. Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftar dalam subjek citra teater bangsawan.

Pada awalnya saya dapat mengetahui bahawa teater moden dan teater bangsawan mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Pada pendapat saya, teater moden tidaklah mempunyai banyak peraturan, dimana kami akan berlakon apa sahaja seperti kami suka. Teater bangsawan terdapat beberapa peraturan semasa berlakon. Pertama sekali adalah bahasa, sesiapa yang berlakon dalam teater bangsawan tidak boleh menggunakan perkataan dengan sewenang-wenangnya, mereka haruslah menggunakan bahasa istana.

Kedua adalah busana dalam teater bangsawan busana mestilah nampak kontra dimana penonton dapat membezakan siapa raja dan siapa orang biasa. Teater moden tidak sebegitu, busana dalam teater moden boleh memakai apa-apa sahaja, janji penonton dapat faham jalan cerita. Ini adalah antara perbezaan yang terdapat antara teater moden dan teater bangsawan. Sebenarnya terdapat banyak lagi perbezaan, saya tidak menguasai kepakaran lagi dalam teater bangsawan jadi saya tidak dapat memberitahu perbezaan lain yang terdapat antara teater moden dan teater bangsawan.

Cikgu teater bangsawan kami memberi satu projek dimana kami satu kelas sebagai satu kumpulan perlu merakamkan adegan yang terdapat dalam Musang Berjanggut. Itulah adalah projek satu kelas, kalau kami dapat menyiapkan projek itu kemungkinan satu kelas teater bangsawan akan mendapat A dalam subjek ini. Jadi kami memulakan dengan memilih ajk tertinggi sampailah ke bawah seperti biasa pelajar tahun dua perlu menjadi ajk tertinggi untuk menunjuk ajar kepada pelajar tahun satu seperti saya, disebabkan ada kesulitan cikgu terpaksa memilih lima orang ajk tertinggi bagi pengarahan video dimana saya adalah salah satu dalam ajk itu.

Jadi saya ditugaskan untuk berpantau dalam kumpulan skrip dimana ada 11 pelajar yang perlu buat skrip. Walaupun saya menjadi pengarah video itu, saya tidak boleh mengarah sahaja jadi saya mengambil inisiatif untuk membuat skrip juga. Saya menyiapkan skrip untuk babak satu dan untuk babak seterusnya saya meminta untuk ajk skrip lain yang buat.

Minggu ini kami akan merakam adegan Musang Berjanggut, harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...