Terlalu sunyi
kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati. Bertambah sunyi
tanpa sesiapa yang menemani dalam
mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit
sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa
Namun, biasanya
sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta. Diamnyapenuh
doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna. Sebarang
kekurangan akan bisa diperbaiki segera. Tatkala berteman, jagalah tutur kata.
Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga akan menukarrasa. Kita
jangan samakan sahabat kita seperti diri kita, mungkin sesuatu yang boleh kita
terima dan kita anggap remeh, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh
mengundang sedikit hampa
Selami hati
sahabat kita seperti mana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan
yang tidak kita suka. Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada
pada diri sahabatnya kerana dia tahu sahabatnya itu tidak sempurna dan
sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaikisebarang cela.
Jika kita hanya
mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseoran sebagai sahabat, kita sedang
mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam. Kau puny
acara dan dia jua. Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana
caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain.
Hormatinya caranya selagi mana ia tidak menyalahi apa-apa. Biarlah dia dengan
sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang
kita suka atau biarlah dia dengan kegirangannya dan kita boleh untuk tumpeng ceria.
Paling penting
adalah seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentang mu kepada
teman-teman yang lain. Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu
melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain. Menegur tidal salah
malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana
caranya?
Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia. Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa. Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan
No comments:
Post a Comment