Hai, kamu semua
tahu tak apa itu BSMM? BSMM adalah Bulan Sabit Merah Malaysia. Walaupun kolej
saya di ukm adalah kolej PALAPES tetapi BSMM masih ada di tempat itu. Jadi saya
tidak menyertai PALAPES tetapi saya telah memasuki BSMM kerana saya ini memang
suka jenis yang menolong orang lain.
BSMM juga
terbahagi kepada dua kategori iaitu kadet dan detachment. Kadet adalah
merangkumi satu UKM, sesiapa yang menyertai kadet mereka perlu menghadiri
latihan setiap sabtu dan ahad. Detachment pula adalah dibawah kolej, mereka
tidak perlu menghadiri latihan setiap sabtu dan ahad tetapi mereka perlu pergi
duty slot seminggu sekali di mana semua ahli detachment perlu belajar tentang
BSMM. Bagi kadet BSMM perlu penuhkan 40 jam kredit manakala bagi ahli
detachment BSMM pula hanya 20 jam kredit termasuk jam semasa duty slot seminggu
sekali.
Pada hari pertama
duty slot saya mempelajari tentang kewujudan persatuan BSMM. Pada kelas yang
seterusnya kami belajar tentang peti pertolongan cemas. Peti pertolongan cemas
adalah tempat simpanan alat atau perkakas yang digunakan ketika berlaku
kecemasan, ini boleh dikatakan ubat dan alat yang perlu dipakai ahli bsmm semua
ada dalam peti pertolongan cemas.
Pada duty slot
yang ketiga saya mempelajari tentang jenis luka. Manusia ini boleh hadapi
macam-macam jenis luka. Ada yang luka tertutup dan luka terbuka. Pada duty slot
keempat pula saya belajar tentang kecederaan sendi dan tulang, ini paling
mengerikan bagi saya. Kecederann yang paling teruklah bagi saya, sebab ada
darah banyak sampai nampak tulang kaki dan tangan terkeluar. Saya ini jenis
yang fobia dengan darah, nampak sahaja darah mesti pitam atau pengsan.
Seterusnya belajar tentang renjatan, rasanya kamu semua sudah tahu situasi
renjatan ini. Selepas itu duty slot
pasal pengangkutan dimana saya belajar bagaimana untuk memindahkan mangsa
cedera dekat tempat yang lebih selamat. Akhirnya kami belajar tentang CPR
terhadap mangsa.
Bukan setakat itu
sahaja kami perlu buat praktikal tentang ikatan dan CPR. Ahli bsmm perlu tahu
semua jenis ikatan yang digunakan mengikut kecederaan mangsa. Semasa buat CPR
pula para pengajar ada menyediakan patung untuk kami buat secara praktikal.
Semasa saya membuat praktikal CPR, saya tidak mendapat meniup mulut mangsa
dengan sekuat yang mungkin kerana saya menhidapi masalah asma.
Walau bagaimanapun saya sangat seronok kerana dapat menyertai dan mempelajari ilmu ahli bsmm ini. Minggu ini saya akan menghadapi peperiksaan ahli detachment bsmm. Saya berharap untuk kekal dalam ahli detachment Kolej Tun Hussein Onn. Bye!
No comments:
Post a Comment