Wednesday, 13 December 2017

Susahnya Nak Tambah Kenalan Di Universiti

Universiti sepatutnya jadi perkara yang paling seronok! Lebih-lebih lagi bila setiap kali digambarkan bagaimana seronoknya kehidupan di universiti, tentulah mindset kita mula gambarkan; hidup tanpa peraturan, tiada uniform sama yang perlu dipakai setiap hari, jadual kelas yang lebih fleksibel dan macam-macam lagi. Percayalah apa yang digambarkan itu boleh terjadi! Tapi, kehidupan semasa tahun pertama di universiti boleh mengubah apa yang kita harapkan sekaligus buatkan kita rasa hidup di universiti sesuatu yang teruk.

Bukan semua dari kita dapat membiasakan diri dengan persekitaran baharu, berbual dengan orang yang luar dari kebiasaan kita lebih-lebih lagi jika kita seorang yang pemalu dan 'introvert' yang membuatkan kita berasa kekok dan keseorangan. Tidak hairanlah jika di universiti terdapat kelompok-kelompok yang masih belum 'move on' dengan kawan-kawan semasa di matrikulasi mahupun di asrama penuh dulu.

Tidak mudah dan tidak mustahil untuk kita menambah kenalan di universiti. Universiti merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita menambah kenalan. Sertailah mana-mana organisasi atau persatuan yang membolehkan kita berinteraksi sesama ahli dan bekerjasama di dalam kumpulan selain dapat menambah pengalaman menguruskan program-program yang dirancang persatuan. Aktifkan diri untuk berpersatuan dan kumpul pengalaman sebanyak mungkin.

Keraplah mengikuti mana-mana 'study group' yang dijalankan di universiti. Jika tiada, tubuhkan satu, cukup sekadar mengajak rakan-rakan sekuliah untuk sama-sama membantu dalam pelajaran. Jangan hanya memilih untuk terperap di dalam dorm/bilik selepas tamat kelas, sebaliknya gunakan masa ini untuk 'explore' universiti kita. Contoh termudah, jika kita kebiasaannya mengulang kaji sendiri di bilik tukarkan dengan berselang-seli pergi ke perpustakaan. Ajaklah seorang dua rakan untuk belajar bersama-sama dengan persekitaran baharu. Mesti seronok!


No comments:

Post a Comment

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...