Hai kali ini saya
ingin menceritakan tentang kelab kolej yang saya menyertai iaitu Kelab D’RISORIUS.
Pada semester ini kami buat tentang 4K bermaksud
Kebajikan,Keselamatan,Keusahawanan, dan Kesihatan. Jawatan saya dalam kelab ini
adalah timbalan bendahari tetapi saya menguruskan ajk program kerana kerja saya
sebagai timbalan bendahari bukanlah banyak sangat. Jadi saya menyertai ajk
program dalam kelab ini untuk menolong kumpulan program.
Saya dan kawan
saya izwan ditugaskan untuk mengendalikan jemputan ahli bomba, wisma aman dan
ahli pusat zakat. Pertama kami perlu pergi ke balai bomba yang berdekatan
dengan bangi ini untuk mengajak ahli bomba membuka booth bagi mempamerkan
tentang bomba semua tetapi malangnya pada akhr saat ahli bomba tidak dapat
menyertai dalam program kami kerana mereka kekurangan fasiliti.
Seterusnya kami
menjemput ahli wisma aman untuk membuka booth juga bagi pelajar UKM semua dapat
membayar sama dan membeli sticker untuk kenderaan meraka. Ahli wisma aman
menyertai program kami selama tiga hari, wisma aman berada di dalam UKM sahaja
jadi tidak perlu kami memikirkan tentang kenderaan kerana kami hanya menaiki
bas sahaja. Selepas itu, hentian kami adalah di pusat zakat UKM, seperti yang
anda fikirkan pusat zakat pun berada di dalam UKM juga berdeketan dengan Masjid
UKM. Kami menjemput ahli pusat zakat untuk memberi talk tentang zakat dengan
lebih jitu kerana ada juga yang mahasiswa tidak tahu sepenuhnya tentang
pembahagian zakat bagi pelajar UKM.
Bukan mereka
sahaja malah kami juga menjemput CESMED untuk membuka booth, Pelajar Psikologi
untuk mengendalikan ujian psikologi, dan sebagainya. Pusat Darah Negara pun ada
untuk membuat program derma darah dengan kami semua. Keinginan ku untuk
mendermah tidak tercapai kerana pada minggu itu saya jatuh sakit dan mengambil
ubat.
Program yang
paling saya minat adalah apabila semua usahawan UKM datang dan berkongsi
pengalaman mereka dengan kami. Seorang adalah usahawan di mana mempunyai banyak
cawangan printing. Seorang lagi pula adalah usahawan yang mencipta produk
Minyak Kelapa Dara dan akhirnya adalah usahawan bertambah dengan jelitawan
penemu produk DYXY iaitu produk komestik.
Saya sangat seronok dan penat mengendalikan program ini. Saya dapat pengalaman yang tidak dapat dijumpai di mana-mana sekali pun. Saya berharap kelab saya ini membuat program ke Sabah pula seterusnya.
No comments:
Post a Comment