Sunday 22 October 2017

Cabaran Semasa Sepanjang Di Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 3

Hai kawan-kawan, apa khabar? Kalau sihat, baguslah. Kalau tak sihat itu, semoga sihatkan diri anda atau semoga cepat sembuh. Baiklah hari ini cerita tentang kisah saya semasa di tingkatan 3. Kenapa saya perlu cerita pasal benda yang lepas ini? Apanya istimewa sangat semasa di tingkatan 3? Cabaran yang agak susah untuk dihadap semasa itu. Tingkatan 3 dimana semua pelajar wajib menduduki peperiksaan PMR. Cikgu selalu kata yang keputusan PMR ini menentukan pelajar masuk ke sesuatu aliran semasa di tingkatan 4 nanti. Aku bernekad untuk masuk kelas aliran sains. Entah kenapa tetapi aku suka sangat dengan sains tapi......

Tapi apa? Ok macam ini kisahnya. Aku ini bukanlah budak yang pandai level Albert Eistein. Semasa di tingkatan 1, aku ditetapkan dekat kelas belakang-belakang. Maklumlah, mentaliti masyarakat Malaysia "budak kelas belakang ini tak maju". Saya tak kisah langsung dengan mentaliti yang sebegitu walaupun semasa tingkatan 1 saya duduk di kelas yang belakang, saya tetap menuntut ilmu seperti budak-budak pandai yang di kelas depan. Semasa di tingkatan 1 saya tak kisah sangat pasal pelajaran ini, selalu suka main dalam kelas tapi kerja sekolah mesti siap. Kalau ada kerja sekolah yang tak siap pun, itu mesti subjek Bahasa Inggeris. Saya tidak suka Bahasa Inggeris tapi suka berkomunikasi dalam bahasa itu. Jadi apa-apa pun peperiksaan akhir dapat keputusan "so-so" sahaja. Tak gempak langsung tetapi dapat juga melompat ke kelas yang depan sikit dengan keputusan itu.

Selepas itu, semasa di tingkatan 2 dapat masuk kelas depan tetapi tahun yang paling teruk bagi saya. Orang lain semangat belajar makin membara selepas masuk ke kelas yang bagus tetapi semangat saya makin tenggelam. Saya selalu ponteng sekolah semasa di tingkata 2 sampai dapat surat amaran yang pertama. Nasib baik tidak perlu bawa ibu bapa ke sekolah semasa. Ibu bapa tidak tahu pasal surat amaran itu sampailah sekarang. Kerja sekolah memang tidak akan siap dan selalu meniru kawan. Ada sekali saya langsung tidak pernah buat kerja sekolah matematik, tiba-tiba cikgu matematik suruh satu kelas menghantar buku latihan. Satu sahaja penyelesaian bagi saya semasa itu, pinjam buku kawan salin balik "A-Z". Masa ini kawan bengang sebab saya dapat pujian dari cikgu sebab latihan semua lengkap. Walau bagaimanapun, semasa peperiksaan akhir tahun di tingkatan 2 keputusan saya amatlah teruk sebab gagal dalam subjek sejarah, geografi dan matematik. Keputusan itu tidak memberi kesan kepada kedudukan kelas maksudnya saya tidak ditendang ke kelas belakang.

Akhirnya, saya pun jejak kaki ke alam tingkatan 3 dimana perlu menghadap PMR. Semasa di tingkatan 3 ini, keajaiban berlaku dimana saya dapat menguasai mata pelajaran matematik secara automatik, sampai sekarang saya tidak tahu macam mana saya dapat menguasai mata pelajaran tersebut padahal itulah mata pelajaran yang susah. Walaupun dapat menguasai mata pelajaran matematik, tetapi masih belum menguasai mata pelajaran sejarah dan geografi. Semasa di tingkatan 3 saya sudah mula fokus dalam pelajaran tetapi masih tidak dapat fokus dalam dua mata pelajaran tersebut. Saya sudah mengalah semasa itu bagi saya PMR nanti tidak kisah pasal mata pelajaran sejarah dan geografi. Selepas itu, ada seorang kawan aku ini tolong aku dalam mata pelajaran tersebut, nama dia Nanthini Rajinderan. Dia ini agak gempak dalam dua mata pelajaran tersebut. Dia kata yang tidak guna kalau lulus semua mata pelajaran tetapi gagal dalam 2 mata pelajaran itu. Jadi kakak kesayangan ku membeli buku rujukan untuk saya dan saya menghabiskannya semua kandungan dari tingkatan 1 hingga 3 dalam satu bulan. Nanthini pula menolong saya membelikan buku 'past year' untuk saya. Dia menyuruh saya membuat latihan berulang kali yang ada pada buku 'past year' itu. Jadi ribuan terima kasih kepada Nanthini Rajinderan, kalau bukan dia sudah tentu aku gagal dalam 2 mata pelajaran itu. Tidak lupa juga keluarga ku bukan setakat ribuan sahaja, sejuta terima kasih kepada mereka.

Sukacitanya aku sudah lulus semua mata pelajaran semasa PMR. Apa keputusannya? Rahsia tapi tidak gempak. Ada A dan B sahaja, itu pun saya sudah bersyukur. Jadi saya ingatkan dengan keputusan PMR yang begitu, saya boleh dapat masuk kelas aliran sains. Malangnya aku tidak dapat masuk kelas aliran sains. Saya dapat kelas aliran perakaunan semasa di tingkatan 4.

Bagi saya tidak kisahlah kamu dapat kelas aliran mana pun, janji kita dapat menuntut ilmu yang berguna dari guru-guru. Sekarang saya dapat memahir subjek perakaunan tetapi tidak sepenuhnya. Saya masih mempelajari tentang perakaunan dengan lebih mendalam lagi. Doakan saya bahawa tahun 2 di UKM nanti saya dapat membuat pengkhususan dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Itu sahaja untuk kali ini, sekian dari saya. Remember "NEVER EVER GIVE UP".


2 comments:

  1. One word to describe you story, EFFORT. withou t effort there no ways to success.. believe me because I am the one person like that before this but now I become better after met many friends that they are actually pandai hahah.. k nice story tho

    ReplyDelete

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...