Tuesday 24 October 2017

Bagaimana Anda Mengukur Kejayaan?

Hai, hari ini saya nak membincangkan tentang kejayaan. Apakah itu kejayaan? Bagaimana anda mengukur kejayaan? Bagaimana pula orang lain mengukur kejayaan kita? Bagaimana ahli keluarga mengukur kejayaan kita? Semua manusia di muka bumi ini menginginkan kejayaan tetapi bukan semua manusia bertindak dan bergerak untuk memperoleh kejayaan. Sebahagian daripada mereka hanya memikirkan tentang kejayaan tanpa melakukan apa-apa. Kejayaan mencapai sesuatu yang diinginkan adalah suatu nikmat bagi diri sendiri tetapi ingatlah wahai kawan-kawan bahawa nikmat itu hanya muncul dalam diri apabila anda berusaha setelah mengorbankan masa dan tenaga. 

Jadi apa kaitan dengan mengukur kejayaan? Pertama saya akan bincangkan bagaimana ahli keluarga mengukur kejayaan kita, terutamanya ibu bapa. Saya telah memerhati beberapa ibu bapa sejak sekolah menengah lagi bahawa mereka hanya menginginkan anaknya mendapat 'A' yang banyak semasa peperiksaan dan menduduki kelas pertama. Ada ibu bapa yang memaksa anaknya dengan menghantar mereka ke tuisyen. Sebagai contohnya, ibu bapa kawan-kawan anak buah saya menghantar mereka ke tuisyen, sentiasa menyuruh mereka untuk mendapatkan keputusan yang baik dan menduduki kelas pertama sedangkan mereka semua baru darjah satu. Adakah ini masuk akal bagi anda? Saya tidak kata bahawa semua ibu bapa begini tetapi sesetengah ibu bapa terlalu memberi stress kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu ingat bahawa dalam kehidupan ini pasti akan ada kegagalan, tidak semua manusia sempurna dalam semua perkara. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa 'A' yang anak anda dapat hanya di atas kertas bukan dalam diri dia. Janganlah mengajar anak-anak untuk mendapat 'A' sahaja dari kecil tetapi mengajar mereka bagaimana untuk menuntut ilmu. 'A' itu hanya ilmu di atas kertas tetapi menuntut ilmu dengan cara yang betul itu yang akan membawa anda kepada kejayaan.

Selain itu, ibu bapa juga harus tahu bahawa kejayaan itu bukan muncul daripada bidang akademik sahaja, malah ada banyak lagi bidang yang pelajar boleh menguasai. Sebagai contoh, saya ada seorang kawan yang bernama Muhammad Ameer Khusyairi pandai menyanyi sekarang dia menuntut ilmu di UITM dalam bidang muzik dan nyanyian. Kawan saya seorang lagi bernama Zuhriyyah mengendalikan perniagaan komestik secara 'online', sekarang dia mempunyai satu kedai atas namanya sendiri. Peluang kejayaan adalah luas bagi semua orang. Janganlah bermentaliti bahawa hanya akademik sahaja yang menjamin kehidupan anda.

Selepas itu, kita bincang pula bagaimana kita mengukur kejayaan terhadap diri sendiri? Pelajar sekarang tidak menghiraukan tentang ilmu, mereka lebih merisaukan keputusan mereka semasa peperiksaan nanti. Kamu semua cubalah tanya mana-mana pelajar SPM, impian mereka hanya mendapat straight 'A'. Adakah mereka belajar untuk 'A' atau untuk ilmu? Ingatlah kawan-kawan kalau niat kamu belajar untuk menuntut ilmu, pastinya kejayaan itu milik anda. Kalau niat kamu untuk mendapat 'A' sahaja, belum tentu kamu dapat kejayaan untuk diri anda. Ada juga pelajar yang suka berdaya saing tetapi ramai salah faham konsepnya. Mereka hanya memikirkan "Kali ini result aku kena gempak dari dia!". Tolonglah kawan-kawan, "berjaya sama-sama" kata-kata ini tidak lagi bergunakah? Apa salahnya kita berjaya sama-sama dengan rakan lain. Pelajar yang menganggap dirinya yang sudah bijaksana level Isaac Newton, muncullah perasaan sombong dan besar kepala dan mula menyelinap di sanubari dengankejayaan yang diperoleh. Perangai ini akan memakan diri apabila seseorang itu terlupa hakikatnya bahawa tidak ada satu pun yang kekal di dunia ini. Wahai kawan-kawan berhentilah membandingkan keputusan anda dengan rakan.

Ingatlah kawan-kawan, diri sendiri yang menentukan bagaimana mengukur kejayaan. Ini bukan kisah untuk membaca sahaja tetapi ini adalah suatu pengajaran.

Ini sahaja pada entri kali ini. Bye!


2 comments:

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...