Sunday 15 October 2017

Perjalanan Ku Ke Johor Semasa Cuti Pertengahan Semester

Hai, Uth disini. Disana kawan-kawan semua sihat? Uth disini sihat sahaja. Baiklah, hari ini nak cerita pasal perjalanan saya ke Johor semasa cuti pertengahan semester. Biasa kalau ada cuti sayalah orang pertama yang akan jejak kaki keluar datipada UKM tetapi kali ini kawan-kawan yang lain sudah balik lebih awal dari saya. Sepatutnya khamis malam saya ada kelas citra teater bangsawan, tetapi Cikgu Ayu sudah menunda kelas disebabkan ramai yang sudah bersedia untuk balik ke halaman rumahnya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk balik pada hari jumaat sebab khamis malam saya mahu menyelesaikan sedikit tugasan yang diberi oleh pensyarah. Pada hari jumaat, saya membuat panggilan kepada abang pertama tetapi malangnya abang saya kerja syif petang pada hari tersebut. Jadi dia berkata "Abang kerja syif petang, tanyalah abang 'kecil' sama ada dia boleh ambil adik atau tak?". Selepas itu saya menghantar 'Whatsapp' kepada abang 'kecil', dia pun membalas "Pukul berapa abang perlu ambil?". Saya pun jawab "Ambil adik lepas abang balik kerja". Saya menunggu dia membalas 'Whatsapp' dan panggilan daripada abang 'kecil' tetapi dia berkata bahawa dia sibuk pada hari jumaat. Jadi saya pun duduk memikirkan selama satu jam. Fikir tentang apa? Fikir bagaimana saya mahu balik ke rumah.

Pada masa itu saya terfikir kakak kesayangan ku. Jadi saya mengambil keputusan untuk menjejak kaki ke rumah kakak saya di Johor kerana dia ada benda yang perlu tolong saya. Jadi pada petang itu, kakak saya menempah tiket bas secara 'online', bas saya akan bertolak pada malam pukul 10.30p.m. Saya mengemas semua barang dan buku untuk sedia bertolak.

Jeng jeng jeng, ada perkara yang muncul pada masa ini. Saya berkata kepada kawan bahawa saya akan bertolak ke Johor. Selepas itu, kawan saya yang bernama Muhammad Firdaus juga ingin ikut saya untuk ke Johor pada masa itu, jadi dia meminta tolong kakak saya untuk menempah tiket bas dan masa yang sama dengan saya. Malangnya tiket pada bas dan masa yang sama dengan saya ridak dapat kerana bas tersebut sudah penuh ditempah oleh orang lain. Jadi kakak saya menempah lagi dua tiket untuk saya dan kawan pada masa 11.30p.m. Kawan saya Firdaus ingin balik sangat pada masa itu.

Jadi saya menyuruh Firdaus untuk mengemas barang untuk pergi ke KTM, dari situ kami akan menuju ke TBS. Dia pun bergegas mengemas barangnya dalam bagasi yang besar. Jadi kami pun menempah uber untuk pergi KTM, dalam perjalanan ke TBS Firdaus terserempak dengan kawannya. Kami pun meluangkan masa dengan bersembang sepanjang perjalanan ke TBS. Kami sudah teruja untuk balik ke Johor pada masa itu, tetapi bas kami tiba lewat. Sepatutnya bas perlu tiba pada pukul 11.30p.m, kami menaiki bas pada pukul 12.00a.m. Apa lagi sepanjang perjalanan memang tiada kerja untuk dibuat, saya pun tidur dan bermimpi indah di dalam bas. Firdaus tidak melelapkan mata langsung sepanjang empat jam, dalam fikiran saya "mamat ini tak mengantuk ke?".

Selepas tiba ke Perhentian Larkin di Johor, kami menurun dan mengambil beg masing-masing, kemudian kami menempah uber sekali lagi tetapi lokasi yang berbeza. Rumah kakak saya tidak jauh dari perhentian Larkin hanya mengambil 5 minit sahaja untuk pergi ke rumah kakak saya. Kawan saya menempah uber ke Tampoi. Jadi uber saya sudah tiba awal dan sudah bergerak dulu daripada Firdaus. Selepas saya sampai ke rumah kakak, saya terus menghantar WhatsApp "Kalau sudah sampai ke rumah, whatsapp aku tahu", tetapi mamat itu tidak membalas whatsapp saya dan tidak menjawab panggilan saya.

Keesokkan hari, saya membuat panggilan lagi, dia masih tidak menjawab. Saya sudah risau pada masa itu. Tiba-tiba saya mendapat WhatsApp pada pukul 12.00pm daripada lelaki yang tidak menjawab panggilan itu bahawa dia tidur disebabkan itu dia tidak dapat menjawab panggilan saya. Dalam hati saya, "Haih mamat ini buat orang risau je". Hati rasa lega sedikit kerana dapat tahu kawan saya itu selamat sampai ke rumah. Sekarang saya sedang meluangkan masa di Johor, minggu depan perlu kembali ke UKM untuk menuntut ilmu balik. Lagi satu kawan-kawan saya dari UKM itu, jangan lupa buat tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Itu sahaja pada entri ini, maaf kawan-kawan kalau entri ini tidak menarik pada kali ini. Saya berjanji bahawa akan kembali dengan cerita yang menarik lagi selepas ini.

OK BYE! XOXO

1 comment:

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...