Sunday 8 October 2017

Tugasan Dalam Kelas Aplikasi Komputer.


Hai, hari ini Uth nak menceritakan tentang hari pertama kelas aplikasi komputer. Sebelum saya bermula menghadiri kelas tersebut, saya perlu daftar subjek aplikasi komputer di smpweb ukm. Maklumlah saya ini budak "first year", masih tidak tahu bagaimana nak mendaftar subjek. Jadi dengan bantuan senior-senior saya, saya dapat mendaftar beberapa subjek termasuklah subjek aplikasi komputer. Senior saya beritahu bahawa subjek aplikasi computer adalah salah satu subjek wajib yang saya perlu daftar. Masa itu saya berfikir "Kenapa saya perlu belajar pasal komputer?, setakat guna 'Word' dan 'Excel' rasanya semua orang tahu guna." Begitulah aku bermonolog semasa mendaftar subjek aplikasi komputer.

Pada hari pertama saya sesat semasa pergi ke kelas aplikasi komputer kerana saya tidak tahu di mana terletaknya 'Lab 3''. Semasa saya berlalu di kawasan bilik seminar saya terjumpa seorang lelaki dewasa, jadi saya pun bertanya dekat lelaki dewasa tersebut "Encik, Lab 3 ini dekat mana eh?". Lelaki dewasa itu menjawab "Saya pun nak pergi ke Lab 3, mari ikut saya". Lalu saya pun ikut belakang lelaki dewasa tersebut menuju ke Lab 3. Mula-mula rasa malu sebab saya seorang sahaja yang datang lambat ke kelas pada hari pertama. Kemudian saya terkejut sebab lelaki dewasa saya jumpa di kawasan bilik seminar tadi adalah PENSYARAH saya untuk subjek aplikasi komputer.

Pada hari pertama semestinya pensyarah tersebut memperkenalkan dirinya. Selepas itu, pensyarah tersebut memulakan kuliah pertama iaitu belajar tentang "INTRODUCTION TO COMPUTER", kemudian pensyarah kata kami perlu buat beberapa tugasan dan juga ujian makmal. Jadi tugasan yang diberi oleh pensyarah adalah cipta blog dan saya perlu buat minimum 22 entri blog sebelum akhir semester. Masalah mula timbul kerana saya tiada ilmu dalam mencipta blog, jadi pensyarah pun berkata "YouTube boleh mengajar anda pasal semua benda, jadi rujuklah YouTube". Jadi saya pun rujuk YouTube untuk mencipta blog sendiri, masa itu saya berasa "wah, hebat juga aku ini dapat cipta blog dengan sendiri", tetapi yang masalahnya setiap kali membuat entri baru saya perlu berfikir untuk tentang apa yang saya perlu menaip. Jadi ini adalah entri ketiga saya, masih ada 19 entri lagi untuk menaip sebelum akhir semester ini.

Selepas itu pada kelas yang seterusnya, pensyarah mengajar bagaimana membuat "Data Mail Merge", saya agak terkejut bila buat "Data Mail Merge" sebab terasa diri sendiri masih kurang pandai lagi tentang penggunaan 'Word'. Rupanya ada banyak benda lagi yang saya perlu belajar tentang 'Word'. Selepas membuat "Data Mail Merge", pensyarah memberi tugasan 'Word' dan perlu menghantar tugasan tersebut sebelum 09 Oktober 2017. Tajuk yang diberi oleh pensyarah kepada saya adalah "Revolusi Google". Semasa membuat tugasan ini saya mendapat ilmu yang baru tentang penggunaan 'Word', sebagai contoh dulu semasa membuat isi kandungan perlu menaip satu-satu dalam kotak tetapi selepas menghadiri kelas ini baru tahu bahawa tetapan untuk isi kandungan boleh buat secara automatik.

Jadi saya tarik balik kata-kata sebelum ini, bukan semua orang pandai dalam penggunaan komputer tetapi kita boleh belajar daripada seorang yang arif tentangnya. Terima kasih kepada pensyarah saya, masih ada banyak benda lagi saya perlu belajar daripadanya.
Selepas cuti pertengahan semester saya perlu melakukan ujian makmal, adakah saya dapat membuatnya dengan baik atau tidak? Tunggu dan lihat nanti!

Jadi inilah serba sedikit tentang tugasan awal yang diberi dalam kelas aplikasi komputer. Saya yakin bahawa masih ada banyak tugasan lagi yang saya perlu lakukan nanti. "

'Bye' daripada Uth, XOXO!

1 comment:

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...