Saturday, 2 December 2017

ASSIGNMENT KELAS CITRA TEATER BANGSAWAN

Kelas citra teater bangsawan adalah salah satu citra saya minat dalam UKM ini kerana saya seorang yang meminati teater moden tetapi belum mempelajari tentang teater bangsawan. Jadi saya mengambil keputusan untuk mendaftar dalam subjek citra teater bangsawan.

Pada awalnya saya dapat mengetahui bahawa teater moden dan teater bangsawan mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Pada pendapat saya, teater moden tidaklah mempunyai banyak peraturan, dimana kami akan berlakon apa sahaja seperti kami suka. Teater bangsawan terdapat beberapa peraturan semasa berlakon. Pertama sekali adalah bahasa, sesiapa yang berlakon dalam teater bangsawan tidak boleh menggunakan perkataan dengan sewenang-wenangnya, mereka haruslah menggunakan bahasa istana.

Kedua adalah busana dalam teater bangsawan busana mestilah nampak kontra dimana penonton dapat membezakan siapa raja dan siapa orang biasa. Teater moden tidak sebegitu, busana dalam teater moden boleh memakai apa-apa sahaja, janji penonton dapat faham jalan cerita. Ini adalah antara perbezaan yang terdapat antara teater moden dan teater bangsawan. Sebenarnya terdapat banyak lagi perbezaan, saya tidak menguasai kepakaran lagi dalam teater bangsawan jadi saya tidak dapat memberitahu perbezaan lain yang terdapat antara teater moden dan teater bangsawan.

Cikgu teater bangsawan kami memberi satu projek dimana kami satu kelas sebagai satu kumpulan perlu merakamkan adegan yang terdapat dalam Musang Berjanggut. Itulah adalah projek satu kelas, kalau kami dapat menyiapkan projek itu kemungkinan satu kelas teater bangsawan akan mendapat A dalam subjek ini. Jadi kami memulakan dengan memilih ajk tertinggi sampailah ke bawah seperti biasa pelajar tahun dua perlu menjadi ajk tertinggi untuk menunjuk ajar kepada pelajar tahun satu seperti saya, disebabkan ada kesulitan cikgu terpaksa memilih lima orang ajk tertinggi bagi pengarahan video dimana saya adalah salah satu dalam ajk itu.

Jadi saya ditugaskan untuk berpantau dalam kumpulan skrip dimana ada 11 pelajar yang perlu buat skrip. Walaupun saya menjadi pengarah video itu, saya tidak boleh mengarah sahaja jadi saya mengambil inisiatif untuk membuat skrip juga. Saya menyiapkan skrip untuk babak satu dan untuk babak seterusnya saya meminta untuk ajk skrip lain yang buat.

Minggu ini kami akan merakam adegan Musang Berjanggut, harap semuanya akan berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...