Friday 29 September 2017

Minggu 3M Di Kolej Tun Hussein Onn

Hai kawan-kawan, UTH sudah kembali dalam blog yang seterusnya ini. Baiklah dalam blog ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti kolej yang dijalankan pada hari pertama saya di kolej. Selepas menjejak kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia, satu keluarga saya menuju ke Fakulti Ekonomi & Pengurusan untuk membuat pendaftaran di fakulti. Selepas itu, kami datang ke kolej untuk buat pendaftaran di kolej pula, untuk pengetahuan anda semua saya ditempatkan di Kolej Tun Hussein Onn(KTHO) yang juga dikenali sebagai Kolej Palapes.

Selepas mendaftar diri saya mengemas barang-barang di bilik, pada masa itu mahasiswa dan mahasiswi Kolej Tun Hussein Onn diminta untuk berkumpul di Dataran Pahlawan. Pada masa itu, mahasiswa tahun dua dan tahun tiga diberi tugas untuk mengendalikan aktiviti 3M bersama mahasiswa dan mahasiswi tahun satu. Saya bermula fikir, apakah itu 3M yang dikatakan oleh pelajar senior itu? Ada salah satu senior menerangkan tentang 3M itu bermaksud Minggu Mesra Mahasiswa, di mana semua mahasiswa dan mahasiswi beramah mesra antara satu sama lain. Pertama kami diperkenalkan dengan Majlis Tertinggi Pelajar yang berada di Kolej Tun Hussein Onn termasuklah pengetua kolej kami iaitu Professor Madya Dr. Norinsan Kamil Othman.

Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan. Pertama kami diasingkan mengikut domain untuk melakukan aktiviti di luar kolej, saya telah memilih domain kebudayaan. Jadi pelajar yang memilih domain kebudayaan perlu bergerak ke DECTAR (DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK), disini kami dikenalkan dengan pihak atasan dalam seni kebudayaan. Aktiviti domain kebudayaan sangat mengujakan sebab kami menari tanpa berhenti, pelajar semua sangat gembira kerana ini telah menghiburkan kami pada minggu pertama di UKM.

Okay lupakan pasal domain tersebut, saya saja mahu ceritakan sedikit tentang domain tersebut sebab dalam semua domain yang dikendalikan di UKM ini, saya paling menyukai domain kebudayaan kerana kami semua menari untuk lagu 'I AM ME'. Selepas pulang daripada aktiviti luar kolej iaitu aktiviti domain, mahasiswa dan mahasiswi KTHO harus berkumpul di Dataran Pahlawan. Kami diajar dengan macam-macam sorakan di kolej, antaranya adalah Hakka, Hot To Go, Boom Ohh Yahh, Sehati Sejiwa, UKM Bersaudara, Roti Canai dan pelbagai tepukan yang diajar oleh senior-senior kami. 

HAKKA TUN HUSSEIN ONN
Hussein Onn X2
Ku Genggam Api X2
Ku Pasak X2
Ku Asak X2
Naikkan Semangat Kami
Gempur X3

Bukan itu sahaja, kami juga menari untuk lagu 'Baby Shark' yang diketuai oleh senior Faisal, "Baby Shark dodododododo...". Walaupun ini dianggap macam perangai kekanakkan tapi sangat menyeronokkan bagi saya. Lagu Pokemon juga dipasang untuk menari dalam kalangan mahasiswa, saya masih tidak dapat melupakan lirik lagu pokemon tersebut. "Ada Pokemon listrik Pikachu, Ada Pokemon air Squirtle, Ada Pokemon api Charmander...". Begitulah liriknya yang bermain dikepala saya semasa menaip tentang minggu 3M ini. Semua senior-senior di KTHO sangat peramah dan mesra dengan mahasiswa tahun satu.

Kami diingatkan bahawa pada tarikh akhir Minggu Mesra Mahasiswa ada Perang DECTAR, dimana semua kolej yang berada di UKM perlu bersaing antara satu sama lain. Kolej mana yang bertahan sampai ke akhir dan tidak sesekali mengalah, maka kolej itu dinobatkan sebagai pemenang dalam Perang DECTAR. Apabila saya memasuki DECTAR, hati saya mula berdebar kerana kuantiti pelajar dari kolej lain lebih ramai daripada kolej kami. Masa itu senior berkata, "Jangan takut dengan kuantiti yang banyak, walaupun kita tidak mempunyai kuantiti yang ramai tunjukkan kepada mereka tentang kualiti kita". Maka Perang Dectar pun bermula, masing-masing tidak mengalah pada awal permulaan, semua kolej mempunyai semangat yang berkuasa penuh. Semasa mahasiswa kolej lain melantangkan suara mereka untuk memenangi Perang Dectar ini, senior kolej kami menyuruh untuk jangan membalas dulu, bak kata salah satu senior "simpan tenaga dulu, jangan sia-siakan tenaga dan suara kamu pada awal peperangan".

 Tidur dulu sebelum memulakan Perang Dectar


Kembali bersemangat semula 

Jadi kami mula melantangkan suara kami dengan pelbagai sorakan dan bunyi untuk menguasai DECTAR tersebut. Tidak lama dari itu ada sesetengah pelajar yang sudah penat, namun senior kami memberi semangat untuk bangkit semula. Peperangan tersebut penuh dengan bunyi sorakan, bunyi hon, bunyi wisel, bunyi ketukan dram dan macam-macam lagi. Bilangan mahasiswa mula berkurang dari Perang Dectar kerana ada diantara mereka yang sudah mengalah dan ada juga yang sudah penat tidak dapat untuk meneruskan lagi. Pada akhir perlawanan KTHO memenangi dalam Perang Dectar!! GO GO KTHO!! Saya sangat bangga kerana dapat ditempatkan di KTHO dengan rakan-rakan yang peramah dan senior-senior yang tidak berputus asa untuk memberi semangat untuk kami.

Bercakap tentang senior KTHO, saya sangat berterima kasih kerana menjaga kami sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa. Pada mulanya sahaja mereka semua Nampak garang tapi sebenarnya sangat baik hati dan mengambil berat tentang mahasiswa tahun satu. Bukan itu sahaja, pada hari Perang Dectar merekalah yang mengipaskan kami semasa berpeluh, memberi minuman kepada mahasiswa yang penat dan dahaga. Ada juga senior yang selalu menanyakan tentang kesihatan kami. Bukan setakat ribuan tetapi jutaan terima kasih kepada senior-senior saya yang mengendalikan Minggu Mesra Mahasiswa .

Baiklah kawan-kawan inilah serba sedikit tentang Minggu 3M di kolej saya. Pada blog yang akan datang, saya muncul dengan cerita yang lain, okay. Teruskan bersama saya, xoxo!


Monday 25 September 2017

Siapakah Saya?



Hai kawan-kawan ini adalah blog pertama saya, jadi marilah baca tentang diri ku yang berharga infiniti. Nama yang diberi oleh ibu bapa adalah Uthaya Vinoth A/L Nagantheran, tetapi saya sudah menyingkatkan nama saya sendiri iaitu UTH. Jadi semua orang boleh panggil saya UTH. Saya berasal dari Negeri Selangor juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas buah negeri yang membentuk Malaysia.


Ibu bapa saya mempunyai 5 cahaya mata di mana saya adalah cahaya mata yang paling menyinari dalam keluarga iaitu anak bongsu. Saya memang anak manja dalam keluarga, kalau saya nak sesuatu saya akan cuba dapatkan dengan apa cara sekali pun. Jadi faham-faham sahajalah kalau saya ini ada perangai mengada-ngada sikit, manja pun ada terselit sikit tahu. Saya seorang yang mesra tetapi "I LITERALLY DON'T TALK TO ANYONE, UNTIL THEY TALK TO ME FIRST". Hobi saya adalah mendengar lagu, menonton filem dan membaca buku fixi. Ya betul, semua hobi saya adalah membuang masa sahaja dan tiada manfaat daripadanya, jadi janganlah contohi diri ku ini.

Pada peringkat awal saya menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Taming Jaya atau nama ringkasnya SKTJ. Pada tahun 2010, saya sambung pengajian saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya atau nama ringkasnya SMKCJ. Selepas mendapat keputusan SPM, saya membuat keputusan untuk sambung pengajian pada peringkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. Selepas menghadapi pelbagai halangan, cabaran dan kesakitan semata-mata untuk sambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda. Sekarang saya sambung pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian.

Sekian sahaja dari saya, pada blog yang akan datang saya akan ceritakan perkara yang lebih menarik lagi. Okay. Ini blog untuk memperkenalkan diri saya sahaja. Bye Readers!

Sindrom 4K Di IPT

MAHASISWA universiti diancam sindrom 4K, iaitu Kuliah (kononnya hanya hadir mendengar syarahan, itupun tidak fokus), Kafeteria (hanya duduk...